Raptai Hari Kebangsaan tetap diteruskan 29 Ogos ini

Tan Su Lin
Ogos 25, 2015 11:48 MYT
SALLEH SAID: Polis akan memantau secara terperinci untuk memastikan keadaan terkawal pada 29 Ogos. - Gambar Fail
Raptai sambutan Hari Kebangsaan pada 29 Ogos ini di Dataran Merdeka tetap akan diteruskan biarpun perhimpunan Bersih 4.0 dijangka berlangsung pada hari yang sama.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak bagaimanapun berharap pihak penganjur Bersih 4menghormati sambutan hari kebangsaan dan mengadakan perhimpunan itu di lokasi berlainan.
"Kami akan teruskan raptai penuh pada pagi 29 Ogos. Bagaimanapun, kami berharap tiada gangguan pada hari berkenaan kerana perayaan hari kebangsaan adalah perayaan bersama dan diraikan oleh semua bangsa Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik."
"Sepatutnya Bersih sebagai penganjur seharusnya menghormati sambutan hari kebangsaan. Sekiranya mereka ingin mengadakan perhimpunan, mereka seharusnya mencari tempat lain sebab tidak sesuai diadakan perhimpunan di situ sebab setiap tahun rakyat Malaysia berkumpul di Dataran Merdeka untuk meraikan hari kebangsaan." katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran 'iMalaysia App and Game' di ibu negara.
Dalam pada itu, beliau juga menyerahkan kepada pihak polis untuk memastikan keadaan terkawal pada hari berkenaan.
BACA: Bersih 4.0: Polis tidak akan guna senjata renjat - Noor Rashid
"Kita serah kepada polis untuk ambil tindakan susulan. Polis telah mengatakan bahawa perhimpunan yang anjuran Bersih itu adalah haram kerana pemilik kawasan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memberi permit untuk meneruskan perhimpunan. Jadi sebarang perhimpunan dan demonstrasi dianggap haram. Saya berharap pihak penganjur akan mempertimbangkan semula perkara ini." ujar beliau.
Dalam pada itu, beliau juga menyerahkan kepada pihak polis untuk memastikan keadaan terkawal pada hari berkenaan.
BACA: Empat perkara anda perlu tahu
Perhimpunan Bersih 4.0 dijadualkan berlangsung selama 34 jam pada 29 dan 30 Ogos itu, di sekitar pusat bandar raya dan Dataran Merdeka.
Serentak dengan itu, raptai perbarisan dan perarakan turut diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka membabitkan penyertaan ribuan pelajar sekolah dari seluruh negara.
#Bersih 4.0 #Dataran Merdeka #Hari Kebangsaan #raptai #Salleh Said Keruak