awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raptai istiadat keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah lancar

Bernama
Bernama
28/01/2024
05:08 MYT
Raptai istiadat keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah lancar
Sesi raptai istiadat keberangkatan balik sempena tamat tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dataran Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Raptai istiadat keberangkatan balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Iskandariah hari ini berjalan lancar.
Raptai istiadat yang berlangsung di Anjung Utama Istana Negara, Dataran Parlimen dan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
Di Dataran Parlimen sesi raptai penuh dilaksanakan melibatkan acara penting istiadat seperti Kawalan Kehormatan Utama dan persembahan pasukan pancaragam oleh anggota ATM serta tembakan meriam.
Pada acara itu Seri Paduka dijadual menerima persembahan tabik "Hormat Diraja" serta acara menghadap dan bersalaman oleh anggota Kabinet dan tetamu kehormat.
Di Kompleks Bunga Raya, KLIA di Sepang pula keberangkatan balik Seri Paduka berdua diiringi perarakan bergajah selain persembahan kebudayaan yang sekali gus memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kegemilangan kerajaan Melayu.
Al-Sultan Abdullah akan menamatkan tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan ini dan digantikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#raptai
#keberangkatan pulang
#Raja Permaisuri Agong
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan