awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ras Adiba cipta beberapa rekod "yang pertama" sebagai Pengerusi baharu Bernama

Bernama
Bernama
24/11/2020
08:55 MYT
Ras Adiba cipta beberapa rekod "yang pertama" sebagai Pengerusi baharu Bernama
Ras Adiba juga adalah senator, atlet para negara dan aktivis hak orang kurang upaya (OKU) yang pertama menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola Bernama. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Pelantikannya sebagai Pengerusi baharu Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menyaksikan Ras Adiba Radzi, 52, mencipta beberapa rekod "yang pertama".
Antaranya, personaliti TV veteran itu merupakan wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan dalam sejarah 53 tahun agensi berita tersebut yang turut mengoperasikan stesen radio Bernama Radio dan saluran televisyen Bernama TV.
Ras Adiba juga adalah senator, atlet para negara dan aktivis hak orang kurang upaya (OKU) yang pertama menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola Bernama.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan pelantikan beliau di sini hari ini.
Ras Adiba mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Suhaimi Sulaiman yang melepaskan jawatan itu pada 6 Ogos lalu.
Ras Adiba kini terpaksa menggunakan kerusi roda akibat kecederaan tulang belakang yang dialaminya dalam nahas jalan raya di Petaling Jaya pada 11 Nov 1995.
Beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai senator pada 20 Mei tahun ini dan merupakan perwakilan komuniti OKU di Dewan Negara.
Ahli Dewan Negara itu memainkan peranan utama dalam memastikan siaran langsung persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara menampilkan jurubahasa isyarat bagi membolehkan mereka yang cacat pendengaran mengikuti prosiding Parlimen secara langsung.
Ras Adiba menerajui OKU Sentral, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak OKU.
BACA: Senator Ras Adiba Pengerusi baharu Bernama
Beliau memulakan kerjayanya sebagai penyampai berita di TV3 pada 1986, ketika berusia 18 tahun. Beliau kemudian menyertai NTV7 dan meninggalkan industri penyiaran selepas 34 tahun berkecimpung dalam bidang itu.
Pada 2003, beliau mencatat nama dalam Malaysia Book of Records atas kejayaan berkerusi roda sejauh 420 kilometer dalam tempoh 13 hari dari Johor Bahru ke Putrajaya.
Beliau juga dianugerahi Tokoh Srikandi Negara pada 2014.
Ibu kepada dua anak itu turut aktif dalam kegiatan sukan termasuk mewakili negara ke Sukan Para ASEAN 2015 di Singapura dan Sukan Para ASEAN 2018 dalam acara menembak 10m air rifle. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ras Adiba Radzi
#senator
#Pengerusi Bernama
#atlet para negara
#aktivis hak orang kurang upaya
#Parlimen
#Dewan Negara
#Penyampai berita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan