KUALA LUMPUR: Hanya rasa cinta kepada negara membolehkan rakyat pelbagai kaum di negara ini untuk terus bekerjasama dan bersatu padu mempertahankan kedamaian, keamanan dan kemerdekaan Malaysia, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam Perutusan Hari Kebangsaan 2022 yang disiar di saluran televisyen tempatan, malam ini, Perdana Menteri menyifatkan ia satu perkara penting ke arah usaha membangunkan dan menjaga kedaulatan negara.
"Adat bersaudara, saudara dipertahankan; Adat berkeluarga, keluarga dilindungi; Adat berkampung, kampung dijaga; Adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan; Sesungguhnya kita semua satu keluarga; Keluarga Malaysia penyambung warisan," katanya.
Mengimbau kembali sejarah, Ismail Sabri mengingatkan bahawa rahmat dan nikmat kemerdekaan yang negara kecapi hari ini tidak datang bergolek, namun ia adalah hasil perjuangan titisan darah, keringat dan air mata.
"Tidak terhitung banyaknya nyawa yang terkorban dan tidak terkira nilai kerugian harta benda dalam mencapai sebuah erti kemerdekaan," katanya.
Memetik nama seperti Mat Kilau, Datuk Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Tok Gajah, Rentap, Datuk Maharajalela, Datuk Sagor, Haji Abdul Rahman Limbong, Datu Mat Salleh dan Rosli Dhobi, beliau berkata mereka inilah antara tokoh yang telah berkorban demi tanah air tercinta.
"Mat Kilau pernah berpesan; perjuangan mesti diteruskan oleh generasi muda, jangan biar tanah air tergadai, jangan sesekali mudah dipicit sehingga terbelah dua.
Semangat seperti ini perlu digilap kepada generasi baharu supaya mengenal sejarah pahlawan negara di samping menyedarkan pemimpin bangsa ke arah landasan yang betul menurut tuntutan dan ajaran agama," katanya.
Menurutnya semangat dan perjuangan yang wujud sejak dahulu terus mengalir dan diterjemahkan dalam Rundingan Kemerdekaan pada tahun 1956, di London, England.
"Nilai kemerdekaan inilah akhirnya yang telah berjaya memupuk perpaduan dalam kalangan Keluarga Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama, selain integrasi nasional silang budaya merentasi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
"Tiada ungkapan yang dapat dizahirkan untuk menggambarkan sanjungan dan rasa terima kasih ke atas perjuangan serta pengorbanan pejuang negara terdahulu termasuklah anggota keselamatan, tentera dan polis," katanya.
Menuju ke hadapan, Ismai Sabri mengingatkan di era modenisasi ini, bentuk penjajahan tidak lagi sama seperti era kolonial, justeru, jika rakyat tidak bersama mempertahankan kemerdekaan diperjuangkan wira-wira terdahulu, maka sejarah mungkin boleh berulang, menyebabkan negara kembali dijajah.
Hari Kebangsaan 2022: Kandungan eksklusif Astro AWANI di sini
Meskipun, katanya ancaman penjajahan baharu ini bukan dari segi fizikal, namun ia sangat berbahaya dan merupakan cara paling mudah untuk menjarah minda dan jati diri bangsa, seterusnya mampu menghancurkan sesebuah negara.
"Bentuk penjajahan moden yang muncul ketika ini dan semua negara di dunia terkena dampaknya, yakni penjajahan baharu dalam bidang ekonomi, teknologi dan budaya. Anasir luar ini menggunakan pelbagai cara untuk menjajah semula dalam bentuk yang lebih canggih," katanya.
Tahun ini, buat kali pertama sambutan kemerdekaan dapat diadakan secara besar-besaran selepas ia dihentikan seketika disebabkan pandemik COVID-19, membolehkan rakyat meraikannya bersama secara fizikal.
Sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan di Dataran Merdeka, di sini, bermula seawal 7 pagi esok dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan berangkat ke upacara sambutan itu.
Menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong, Ismail Sabri berkata sesungguhnya Kebawah Duli Tuanku umpama payung yang melindungi dan menyatukan seluruh rakyat tidak mengira kaum, agama dan fahaman politik.
"Alhamdullilah, pada tahun ini, Keluarga Malaysia di seluruh negara kembali berpeluang meraikan sambutan kemerdekaan secara besar-besaran, sebagai sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 30 2022
Dalam Perutusan Hari Kebangsaan 2022 yang disiar di saluran televisyen tempatan, malam ini, Perdana Menteri menyifatkan ia satu perkara penting ke arah usaha membangunkan dan menjaga kedaulatan negara.
Rekod simpanan Arkib Negara dapat hasilkan catatan sejarah lebih menyeluruh - Aaron
Sebelum ini, rekod di arkib mungkin kurang dimanfaatkan pengkaji sejarah hingga timbul isu catatan sejarah negara tidak begitu komprehensif.
ACT 2024: Speedy Tigers tewas 2-4 kepada China
Gawang Malaysia bolos seawal minit kesembilan menerusi jaringan sudut penalti Gao Jiesheng sebelum Muhammad Azrai Aizad menyamakan kedudukan.
Isteri hidap dementia tak sedar suami rentung di halaman rumah
Mayat mangsa ditemui orang awam dalam keadaan terbaring di halaman sebuah rumah bersebelahan bangunan Majlis Perbandaran Kangar.
32 NADI siap sepenuhnya di Pulau Pinang - Zairil
Keseluruhannya, 35 NADI beroperasi di Pulau Pinang termasuk tiga sedia ada manakala baki enam lagi dijangka siap pada hujung bulan ini.
LPP ajak usahawan ceburi ternakan udang kara
LPP sedia berkolaborasi dengan syarikat penternakan udang kara bagi memberi latihan dan mengajar kaedah ternakan untuk dipraktikkan.
Singapura cadangkan rang undang-undang larang kandungan deepfake semasa pilihan raya
Rang Undang-Undang itu mencadangkan larangan penerbitan iklan pilihan raya dalam talian (OEA) yang dijana atau dimanipulasi secara digital.
MyPELINDUNG 2024: Jamin kehidupan selamat bersama COVID-19
Kempen MyPELINDUNG 2024 terus membantu rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Persembahan 'Rumah MADANI Jiwa Merdeka' antara tarikan sambutan Hari Malaysia
Rumah MADANI Jiwa Merdeka bakal dipersembahkan oleh 100 artis budaya daripada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Pihak berkepentingan pelancongan diminta tingkatkan usaha jayakan VM2026
Pihak berkepentingan dalam industri pelancongan diminta untuk meningkatkan usaha menjayakan kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), titah Pemangku Raja Perlis.
Malaysia Airlines, MFL lanjut kerjasama tiga tahun lagi
Malaysia Airlines melanjutkan kerjasama strategik dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi tempoh tiga tahun lagi hingga 2027.
Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan buah tangan sebagai penghargaan kepada pasukan human graphic.
[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan
Artikel majalah Economist mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mendapat sokongan Barat sebelum ini.
Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.
Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar
Suasana Sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya lakukan sesuatu dengan jauh lebih baik jika ada kesungguhan.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste
Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.
Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.
Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.
Biden ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Sultan Ibrahim imbau kenangan Almarhum Paduka Ayahanda di Hari Kebangsaan
Sultan Ibrahim bersempena Hari Kebangsaan ke-67 hari ini, mengimbau semula sambutan itu 38 tahun lepas ketika Paduka Ayahanda Almarhum Sultan Iskandar Ismail menjadi Yang di-Pertuan Agong.