awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasa tak adil pada keluarga, Aamir Khan umum cuti lepas 35 tahun bekerja

Gempak
Gempak
16/11/2022
04:36 MYT
Rasa tak adil pada keluarga, Aamir Khan umum cuti lepas 35 tahun bekerja
AAMIR KHAN: "Apabila saya bekerja sebagai pelakon filem, saya terlepas banyak perkara dalam hidup saya." - Gempak
BINTANG Bollywood, Aamir Khan baru baru ini hadir dalam sebuah acara yang dianjurkan oleh salah seorang teman baiknya, di Delhi, India.
Dalam acara yang dihadirinya itu, Aamir berkongsi mengenai karier dan perancangan masa depannya.
Salah satunya, pesohor itu mengatakan akan mengambil cuti panjang dari dunia seni.
“Apabila saya bekerja sebagai pelakon filem, saya terlepas banyak perkara dalam hidup saya.
“Sepatutnya saya akan terbabit dengan sebuah karya selepas filem Laal Singh Chaddha selesai.
“Tajuknya Champions. Skrip sangat menarik dan ia sebuah naskhah yang baik. Tapi saya memutuskan untuk berehat.
“Saya mahu menghabiskan masa bersama ibu, keluarga dan anak anak saya,” ujar Aamir Khan seperti dilaporkan Hindustan Times.
Meski demikian, Aamir mengatakan syarikat miliknya, Aamir Khan Productions akan bekerjasama dengan Sony Pictures International Productions, India, dan 200NotOut Productions selaku penerbit filem Champions.
Menyambung bicara tentang rencana ‘percutiannya’, Aamir mengaku ia akan menjadi rehat pertamanya selepas 35 tahun bekerja tanpa henti.
“Saya rasa telah bekerja tanpa henti selama 35 tahun dan hanya memberi fokus terhadap kerja selama ini.
“Saya rasa sikap ini tidak adil untuk orang terdekat saya. Jadi kali ini saya mahu menghabiskan masa bersama mereka dan melalui pengalaman hidup yang berbeza.
“Saya tidak sabar menanti tahun, terutama apabila mengingatkan diri tidak akan bekerja sebagai pelaaku seni selama setengah tahun,” tambahnya lagi.
Sementara itu, untuk tahun ini, wajah bintang berusia 57 tahun itu akan kelihatan sebagai cameo menerusi filam lakonan Kajol, Salaam Venky yang dijadualkan tayang bulan depan. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Aamir Khan
#Bollywood
#cuti berlakon
#Laal Singh Chaddha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan