GADGETS

Rasmi – Perniagaan TikTok Amerika Syarikat dijual, entiti baharu ditubuhkan

Amanz 23/01/2026 | 04:44 MYT
TikTok USDS Joint Venture LLC kini dimiliki 19.9% oleh ByteDance, manakala Silver Lake, Oracle dan MGX masing‑masing memegang 15%. -Foto Amanz
PERNIAGAAN TikTok di Amerika Syarikat (AS) kini secara rasmi dijual oleh ByteDance kepada entiti baharu, TikTok USDS Joint Venture LLC, yang dibentuk hasil kerjasama ByteDance dengan beberapa entiti pelabur dari AS.


Ringkasan AI
  • ByteDance telah menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat kepada TikTok USDS Joint Venture LLC selepas arahan divestasi oleh Presiden AS atas alasan keselamatan negara.
  • TikTok USDS Joint Venture LLC dimiliki oleh beberapa entiti pelabur Amerika Syarikat termasuk Silver Lake, Oracle, dan MGX, serta yang lain seperti Dell Family Office, Susquehanna, Alpha Wave, dan lain-lain.
  • Pengguna TikTok di AS kini boleh terus menggunakan aplikasi tanpa kebimbangan pengharaman, sementara data pengguna disimpan di infrastruktur awan Oracle yang mematuhi piawaian keselamatan tertentu.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Penjualan ini diselesaikan selepas arahan divestasi dikeluarkan oleh Presiden pada 25 September tahun lalu atas alasan keselamatan negara.

TikTok USDS Joint Venture LLC kini dimiliki 19.9% oleh ByteDance, manakala Silver Lake, Oracle dan MGX masing‑masing memegang 15%.

Pelabur lain termasuk Dell Family Office, Susquehanna, Alpha Wave, Revolution, General Atlantic, Virgo LI dan NJJ Capital.

Dengan pemindahan ini, lebih 200 juta pengguna serta 7.5 juta perniagaan di Amerika Syarikat boleh meneruskan penggunaan TikTok tanpa kebimbangan pengharaman seperti yang berlaku sebelum ini.

Aplikasi lain di bawah ByteDance seperti CapCut dan Lemon8 turut dibenarkan beroperasi tanpa sekatan.

Data pengguna AS kini disimpan menggunakan infrastruktur awan Oracle, mematuhi piawaian keselamatan seperti NIST CSF, NIST 800‑53, ISO 27001, selain keperluan yang ditetapkan oleh CISA.

Syarikat baharu ini akan bertanggungjawab menguruskan keselamatan, data serta algoritma pengguna AS.

Algoritma khusus bagi pengguna AS akan dibangunkan menggunakan data yang disimpan di Oracle.

Sementara itu, operasi global seperti pengiklanan, pemasaran, e‑dagang dan kebolehgunaan aplikasi masih dikendalikan oleh TikTok Global. -Amanz






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah entiti baharu yang membeli perniagaan TikTok di Amerika Syarikat daripada ByteDance?
    A: TikTok USDS Joint Venture LLC, yang dibentuk hasil kerjasama ByteDance dengan beberapa entiti pelabur dari Amerika Syarikat.
  • Q: Berapakah porsi kepemilikan ByteDance dalam TikTok USDS Joint Venture LLC?
    A: ByteDance memiliki 19.9% kepemilikan dalam TikTok USDS Joint Venture LLC.
  • Q: Mengapakah Presiden mengarahkan divestasi perniagaan TikTok di Amerika Syarikat?
    A: Presiden mengarahkan divestasi tersebut atas alasan keselamatan negara.
  • Q: Berapakah jumlah pengguna dan perniagaan di Amerika Syarikat yang akan terus menggunakan TikTok selepas pemindahan ini?
    A: Lebih 200 juta pengguna dan 7.5 juta perniagaan di Amerika Syarikat boleh meneruskan penggunaan TikTok tanpa kebimbangan pengharaman.
  • Q: Di mana data pengguna AS disimpan setelah pemindahan perniagaan TikTok?
    A: Data pengguna AS kini disimpan menggunakan infrastruktur awan Oracle, mematuhi piawaian keselamatan seperti NIST CSF, NIST 80053, ISO 27001, selain keperluan yang ditetapkan oleh CISA.



#TikTok #ByteDance #USDS Joint Venture LLC #Silver Lake Oracle dan MGX