awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Aset hampir RM190 juta disita

Bernama
Bernama
13/12/2016
12:30 MYT
Rasuah: Aset hampir RM190 juta disita
RAZALI: SPRM menyita dan membekukan aset berjumlah RM185,962,819 dari 2014 hingga November lalu. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita dan membekukan aset berjumlah RM185,962,819 dari 2014 hingga November lalu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.
Beliau berkata daripada jumlah itu, aset RM157,314,532 disita sepanjang tahun ini manakala RM9,331,769 tahun lepas dan RM19,316,518 pada 2014.
"Penyitaan harta ini dibuat bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA)," katanya semasa menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata lima kes rasuah didakwa di bawah AMLA tahun ini, lapan kes pada tahun lepas dan satu kes pada 2014.
Razali berkata dari Januari hingga November tahun ini, SPRM membuka 95 kertas siasatan kes rasuah melibatkan penjawat awam, swasta dan orang perseorangan membabitkan projek pembangunan kerajaan.
Beliau berkata SPRM komited dalam melaksanakan tanggungjawab dan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa, sebagaimana tertakluk di bawah perundangan sedia ada.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AMLA
#Datuk Razali Ibrahim
#Dewan Negara
#kertas siasatan
#Razali
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan