awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Bekas pengurus bank ditahan SPRM

Bernama
Bernama
09/06/2024
15:33 MYT
Rasuah: Bekas pengurus bank ditahan SPRM
Seorang bekas pengurus bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Seorang bekas pengurus bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu didakwa meminta dan menerima sebanyak RM50,000 daripada pelanggan bank dengan alasan membiayai program melibatkan bank.
"Lelaki itu dikatakan aktif melakukan perbuatan itu sejak tahun 2022," kata sumber itu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu pada jam 3 petang tadi selepas diambil keterangan di pejabat SPRM negeri.
Beliau berkata lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
"SPRM bakal memohon perintah reman terhadap lelaki itu di Mahkamah Majistret Kota Bharu esok," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas pengurus bank
#ditahan
#SPRM Kelantan
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#kes rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan