awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah Busters gesa segera letak SPRM di bawah Parlimen demi keadilan

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2023
22:15 MYT
Rasuah Busters gesa segera letak SPRM di bawah Parlimen demi keadilan
Setiap parti dan calon harus kekal fokus kepada menyelesaikan masalah sosio ekonomi jangka panjang yang terpaksa dihadapi rakyat ketika ini.- Rasuah Buster
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus bebas menjalankan peranan tanpa sebarang pengaruh eksekutif demi memastikan keadilan kepada semua pihak.
Rasuah Busters bersama 24 pertubuhan termasuk BERSIH, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), PATRIOT dan UNDI 18 dalam satu kenyataan menggesa agar reformasi institusi dilaksanakan segera untuk meletakkan SPRM di bawah Parlimen.
Dalam masa sama, ahli politik diseru bersaing secara sihat, tidak meletakkan kepentingan politik dan kemenangan parti sebagai keutamaan dengan menawarkan janji dan laba yang merosakkan kredibiliti kepimpinan.
Tambah kenyataan, setiap parti dan calon harus kekal fokus kepada menyelesaikan masalah sosio ekonomi jangka panjang yang terpaksa dihadapi rakyat ketika ini.
Sementara itu, Rasuah Busters juga menyeru rakyat Malaysia turn mengundi dan membuat pilihan dengan adil, kritis dan waspada dalam menentukan hala tuju negeri sempena PIlihan Raya Negeri yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.
Kenyataan Rasuah Busters turut diwakili Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Majlis Belia Malaysia (MBM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Malaysia Community Care Foundation (MCCF), Philandure, Pertubuhan Permuafakatan Teman Sejati Gombak, Koperasi Majlis Ekonomi Halal Selangor Berhad (MEHKOP), Asean Rohingya Center (ARC), Global Humanitarian Initiative, Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA), Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA) dan Universal Peace of Malaysia (UPF).
Topic Berkaitan
#pilihan raya negeri
#SPRM
#Bersih
#sosio ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan