Rasuah di Selangor: SPRM perlu diberi ruang jalankan siasatan menyeluruh - Rafizi

Hafiz Marzukhi
Mei 30, 2016 05:16 MYT
Rafizi tiba di ibu pejabat SPRM sekitar tengah hari Isnin untuk memfailkan laporannya. - Foto Astro AWANI/Hafiz Marzukhi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi ruang untuk menjalankan siasatan menyeluruh ke atas aduan salah laku rasuah di Selangor.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata sebagai individu yang memfailkan laporan, beliau tidak dapat mendedahkan butiran lanjut.
"Saya tertakhluk kepada kerahsiaan setelah laporan dibuat.
"Situasi ini mengecewakan kerana saya sebagai ahli PKR memfailkan laporan melibatkan ahli parti sendiri," tambah Rafizi.
Beliau tiba di ibu pejabat SPRM sekitar tengah hari untuk memfailkan laporan tersebut.
Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen PKR, Wong Chen.
VIDEO: Dokumen salah laku rasuah kerajaan negeri Selangor
Pada Selasa lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Rafizi perlu membawa semua bukti rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor termasuk habuan wanita dan wang yang ada padanya terus ke pihak SPRM.
Wan Azizah yang ditemui semasa sidang media selepas mesyuarat Biro Politik PKR di Ibu Pejabat PKR turut memberitahu, biro politik juga akan meneliti dakwaan tersebut dan sekiranya ia melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti.
VIDEO: Rafizi Ramli perlu bertindak ikut proses dan prosedur
BACA: Rafizi perlu bawa bukti rasuah ke SPRM - Wan Azizah
#PKR #pkr selangor #Rafizi Ramli #salah laku rasuah #SPRM