PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM125,000 ke atas seorang bekas pegawai polis berpangkat inspektor yang didapati bersalah atas dua pertuduhan rasuah RM25,000 enam tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said menolak rayuan Mohd Izwan Jamalud Din, 38, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 13 Ogos 2019.
"Mahkamah mendapati hukuman penjara tiga tahun bagi kedua-dua pertuduhan dihadapi perayu tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan penjara maksimum 20 tahun seperti diperuntukkan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Oleh itu, sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh kedua-dua mahkamah sebelum ini, (Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu) adalah selamat dan berpatutan.
"Bagaimanapun, mahkamah berpendapat hukuman penjara tiga tahun yang dikenakan terhadap perayu kerana kegagalannya membayar denda patut dikurangkan. Justeru itu, hukuman penjara tiga tahun itu dikurangkan kepada setahun enam bulan," kata Hakim Kamaludin yang bersidang bersama-sama Datuk M. Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah.
Mohd Izwan yang kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Tapah, Perak, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM125,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 25 Feb 2018.
Bagi pertuduhan pertama, Mohd Izwan didakwa secara rasuah menerima suapan RM5,000 daripada Syahrull Sharahudeen sebagai dorongan untuk tidak menangkap lelaki itu yang disyaki terbabit kesalahan dadah mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 di belakang restoran KFC di Kuala Berang, pada 6.25 petang, 20 Ogos 2015.
Mohd Izwan, yang ketika itu bertugas sebagai Inspektor Penyiasat Narkotik G di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Hulu Terengganu, juga didakwa secara rasuah meminta suapan RM20,000 daripada individu sama sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya di sebuah rumah di Kampung Durian Kassim, Ajil, Hulu Terengganu, pada 8 malam, 15 Ogos 2015.
Bagi pertuduhan pertama, Mohd Izwan dipenjara tiga tahun dan didenda RM25,000 atau penjara 12 bulan manakala bagi pertuduhan kedua, dia dipenjara tiga tahun dan didenda RM100,000 atau penjara 24 bulan.
Kedua-dua hukuman penjara diperintahkan berjalan secara serentak iaitu tiga tahun bermula 25 Feb 2018.
Timbalan Pendakwa Raya Abdul Ghafar Abd Latif mewakili pendakwaan selaku responden manakala perayu diwakili peguam Datuk Amirul Ridzuan Haniff.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 01 2021

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM125,000 ke atas seorang bekas pegawai polis berpangkat inspektor yang didapati bersalah atas dua pertuduhan rasuah RM25,000 enam tahun lepas. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (25 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Patung iblis' Chucky kena cekup
Pihak berkuasa di Mexico menahan patung Chucky yang digunakan pemiliknya untuk menakut-nakutkan orang ramai.
AWANI Ringkas: Syabu dan ekstasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Beijing dakwa AS cuba tindas syarikat China dengan serangan siber
China yang mendakwa Amerika Syarikat (AS) berulang kali cuba menindas syarikat teknologi tinggi China melalui serangan siber, menyifatkan "tingkah laku itu sebagai tidak bertanggungjawab.
Agenda AWANI: Inovathon: Cerita ekonomi dan inovasi
Apa cabaran membudayakan inovasi dan bagaimana mengubah masyarakat daripada jadi pengguna kepada pencipta? Ekonomi berasaskan inovasi, apa aspek pengkomersialan yang perlu diberi keutamaan?
Ada kemungkinan beras tempatan dan import dicampur oleh pengilang - MPM
Pengerusi Kluster Sekuriti Makanan, Majlis Perundingan Melayu (MPM), Syed Zikiri Syed Hassan Shahabudin berkata ada kemungkinan besar beras Super Special Tempatan dan beras import dicampur oleh pengilang sebelum dipasarkan kepada pengguna. Jelasnya, kesimpulan itu dibuat memandangkan kualiti dua jenis beras itu hampir sama dan pengilang menanggung kerugian akibat kenaikan harga lantai beras baru-baru ini.
Kerajaan perlu tambah baik sistem amaran bekalan makanan - CFOS
Presiden Barisan Pengguna Sabah (CFOS), Nordin Thani berkata Kerajaan perlu tambah baik sistem amaran bekalan makanan bagi memastikan intervensi boleh dilaksanakan lebih awal sebelum tahap kritikal. Jelasnya, kelemahan indikator keterjaminan makanan nasional ini telah menyebabkan masalah yang sama berulang berkali-kali.

PRK Pelangai: Amizar tekad tingkat tahap pendidikan masyarakat Orang Asli
Datuk Amizar Abu Adam bertekad meningkatkan akses dan tahap pendidikan masyarakat Orang Asli, jika diberikan mandat oleh rakyat kawasan itu, 7 Okt ini.

STEM penting untuk pembangunan negara - Mohamad
Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) penting dalam pembangunan negara sekali gus membantu memastikan Malaysia menjadi sebuah negara maju.

EU sekat penjualan mikroplastik
Suruhanjaya Eropah sekat penjualan mikroplastik dan produk yang secara sengaja mengeluarkan mikroplastik semasa digunakan, menurut kenyataan suruhanjaya itu pada Isnin.

Keputusan rayuan Sultanah Nur Zahirah dalam kes saman terhadap Rewcastle-Brown pada 12 Dis
Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Dis untuk keputusannya terhadap rayuan Sultanah Nur Zahirah berhubung saman fitnah terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.

Mahkamah Rayuan jatuhkan hukuman 8 tahun penjara ke atas bekas pemandu bas sekolah kerana meliwat
Panel tiga hakim membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan dan melepaskan tertuduh daripada kesalahan itu.

Tiga lelaki terlepas tali gantung, dipenjara 15 tahun miliki dadah
K. Dinakaran, 43, bersama warga Bangladesh, Asraful Alam, 28, dan rakyat India, Arivazhagan Murugesan, 50, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan rotan.

Kes dadah: Petugas penyelenggaraan terlepas hukuman gantung selepas pertuduhan dikurangkan
Seorang bekas petugas penyelenggaraan di sebuah kem lapangan terbang tentera terlepas daripada hukuman gantung hari ini apabila tuduhan mengedar dadah yang dihadapinya dikurangkan kepada pemilikan.

Rayuan Pesuruhjaya Pas Perak berhubung bayaran ganti rugi RM250,000 kepada Lim, ditolak
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria membayar ganti rugi RM250,000 kepada Lim Guan Eng.

Saman fitnah: Mahkamah Rayuan tetapkan 10 Okt keputusan rayuan Mohamed Apandi
Menurut hakim, keputusan mahkamah akan disampaikan secara fizikal di mahkamah terbuka pada 10 Okt ini.

Mahkamah benar rayuan JAIS, penahanan 'Rasul Melayu' sah
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azizah Nawawi, dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan JAIS, mendapati Seksyen 23 Enakmen Tatacara Jenayah itu adalah tidak batal.

Kes pindaan audit 1MDB: Mahkamah Rayuan tetapkan Rabu ini untuk pengurusan kes
Peguam Najib, Alaistair Brandah Norman dan peguam Arul Kanda, Datuk N. Sivananthan mengesahkan tarikh pengurusan kes seterusnya itu.

Mahkamah Rayuan ganti hukuman mati bekas tentera dengan penjara 40 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman mati seorang bekas tentera dengan penjara 40 tahun bagi kesalahan membunuh seorang wanita warga emas.

Bapa dihukum penjara 13 tahun kerana lakukan serangan seksual terhadap anak perempuan
Seorang bapa terpaksa meringkuk dalam penjara selama 13 tahun kerana melakukan serangan seksual fizikal ke atas anak perempuan yang berumur 13 tahun lima tahun lepas.