Rasuah: Individu berpangkat 'Tun' juga perlu disiasat, ditahan reman - Dr Mahathir

Firdaus Azil
Disember 27, 2023 03:06 MYT
Dr Mahathir Mohamad bersetuju mereka yang mempunyai darjah kebesaran berpangkat ‘Tun’ juga perlu disiasat sekiranya tidak dapat menjelaskan secara terperinci bagaimana mereka memperoleh kekayaan.
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju mereka yang mempunyai darjah kebesaran berpangkat ‘Tun’ juga perlu disiasat sekiranya tidak dapat menjelaskan secara terperinci bagaimana mereka memperoleh kekayaan.
Bahkan, bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu juga menegaskan, jika gagal membuat penerangan, aset individu itu juga perlu disita.
Namun begitu, kata Dr Mahathir, bukan satu keperluan untuk memperoleh bukti dokumen berhubung salah laku mereka dan syak wasangka semata-mata tidak mencukupi.

1. I agree completely that Tuns should be investigated. If they cannot explain where or how they got the money, their property should be seized. 2. It is not necessary to obtain documentary evidence of their misdeeds. Suspicions alone should be

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) December 27, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Mereka yang berpangkat Tun bukan sahaja perlu disiasat. Mereka perlu ditahan reman sehingga mereka mendedahkan punca kekayaan mereka. Jika tidak, ia bermaksud mereka menyembunyikan sesuatu.
“Rasuah perlu dihapuskan sama sekali. Jika Peguam Negara berpandangan dakwaan itu bersifat politik, maka menjadi hak Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan. Pasport perlu dipulangkan kerana ini adalah hak Peguam Negara. Mahkamah tidak boleh personal keputusan Peguam Negara,” kata Dr Mahathir dalam hantaran di akaun media sosial beliau hari ini.
Media sebelum ini melaporkan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram, susulan sitaan sebuah bangunan baru-baru ini.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun, enggan mengulas lanjut perincian kes siasatan.
Beliau berkata, tindakan sitaan bangunan Menara Ilham yang dikeluarkan menerusi notis di akhbar baru-baru ini tidak menjejaskan operasi dan urusan di bangunan tersebut.
Dalam perkembangan sama, Dr Mahathir berkata, Malaysia merupakan sebuah negara yang berpegang kepada undang-undang dan pesalah pertama mesti menerima tindakan penuh undang-undang.
“Jika hukuman sebat itu wajib, maka pesalah perlu disebat. Undang-undang Malaysia adalah yang peraturan tertinggi. Kita semua perlu patuh kepadanya,” katanya lagi.
#Mahathir Mohamad #Daim Zainuddin #Rasuah #SPRM