awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump gesa pelaburan minyak AS$100 bilion di Venezuela, Exxon ragui kebolehlaburan negara itu
Pusat penamaan calon PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag dibuka
FCC luluskan SpaceX lancar tambahan 7,500 satelit Starlink generasi kedua
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah KFA: SPRM sahkan Sanusi dipanggil

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2024
04:00 MYT
Rasuah KFA: SPRM sahkan Sanusi dipanggil
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diambil keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, pada Khamis, berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan sebuah persatuan bola sepak. - Gambar fail
PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dipanggil berhubung dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang dikaitkan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).
Pengarah Kanan Siasatan, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya kini di peringkat akhir bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah itu.
Justeru, katanya, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah dipanggil bagi melengkapkan siasatan berkenaan.
“Bagi melengkapkan kertas siasatan ini juga, SPRM telah memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk hadir ke Ibu Pejabat SPRM pagi ini,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Hishamuddin bagaimanapun berkata, butiran terperinci berkaitan siasatan tidak dapat didedahkan kepada umum kerana ia mengandungi maklumat sensitif dan rahsia.
Kes rasuah membabitkan KFA dijalankan SPRM selepas menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan mendapat projek-projek di negeri itu.
Siasatan mendapati mereka dijanjikan projek pembinaan dan perkhidmatan sebagai balasan sekiranya menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak terbabit.
Namun selepas dana disalurkan ke akaun persatuan bola sepak berkenaan, mereka tidak menerima sebarang projek sebagaimana dijanjikan individu terbabit.
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#MB Kedah ke SPRM
#isu rasuah RM6 juta
#dana persatuan bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan