MALAYSIA
Rasuah lebuh raya: Rekod keterangan Tan Sri disambung Khamis

SPRM menggeledah kediaman Tan Sri itu di Bandar Tasik Selatan, Cheras minggu lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Proses rakaman keterangan individu bergelar Tan Sri berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang, disambung Khamis ini.
Ringkasan AI
- SPRM akan menyambung proses rakaman keterangan seorang individu bergelar Tan Sri pada Khamis ini berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.
- Proses sebelum ini ditangguhkan kerana masalah kesihatan suspek, dan hanya sempat berlangsung selama dua hingga tiga jam sebelum dihentikan atas nasihat doktor.
- SPRM telah menyita harta bernilai kira-kira RM143 juta dan sedang mengesan aset lain milik Tan Sri tersebut di dalam dan luar negara, termasuk di London dan Switzerland.
Khamis lalu, Azam memaklumkan proses rakaman keterangan suspek terbabit ditangguh akibat masalah kesihatan.
Menurutnya, doktor yang merawat Tan Sri itu mengeluarkan laporan perubatan yang mengesahkan keadaannya tidak mengizinkan untuk dia meneruskan proses direkod keterangan buat masa ini.
SPRM akur dengan penilaian perubatan tersebut dan rakaman keterangan dijadualkan semula setelah dia pulih.
Mengulas lanjut, Azam memberitahu, pihaknya hanya sempat merekodkan keterangan suspek kira-kira dua hingga tiga jam sebelum dinasihatkan doktor mengenai keadaan kesihatannya.
Pada 3 Jun lalu, SPRM menyenaraikan sitaan harta berjumlah kira-kira RM143 juta yang dirampas dalam siasatan penyelewengan dana sukuk untuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang, membabitkan seorang kenamaan bergelar Tan Sri.
Pasukan siasatan SPRM juga sedang mengesan kenderaan mewah dan hartanah milik Tan Sri terbabit di dalam serta luar negara termasuk di London dan Switzerland.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami