MALAYSIA
Rasuah lebuh raya: SPRM sita aset, beku akaun lebih RM80 juta - Azam Baki
Antara kenderaan yang disita. - Foto SPRM
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita aset dan membekukan akaun bank bernilai RM85.6 juta susulan siasatan membabitkan seorang Tan Sri berkaitan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.
Ringkasan AI
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, antara yang disita termasuk 14 akaun individu berjumlah RM4.5 juta, lapan akaun syarikat berjumlah RM33 juta dan kenderaan mewah bernilai RM7.65 juta.
Menurutnya, barang lain yang turut disita adalah beg tangan RM3 juta dan jam tangan mewah RM7 juta selain hartanah bernilai RM24.5 juta.
“Kita mengesyaki dana sukuk berjumlah ratusan juta ringgit disalurkan kepada syarikat kontraktor milik Tan Sri itu telah disalahgunakan untuk kepentingan peribadi dan tidak digunakan bagi tujuan pembiayaan projek lebuh raya berkaitan.
“Wang itu kemudiannya diagihkan kepada syarikat dan individu tertentu, termasuk ke akaun Tan Sri yang bertindak sebagai penggerak utama,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Azam berkata, dana itu seterusnya dipindahkan ke beberapa entiti lain, termasuk syarikat proksi dan akaun isteri kepada individu berkenaan.
“Wang terbabit digunakan bagi pembelian pelbagai aset seperti hartanah, kenderaan mewah, barang kemas, dan beg tangan termasuk aktiviti perjudian.
“Ia juga disalurkan untuk perbelanjaan peribadi seperti pembelian hartanah dalam dan luar negara serta pelaburan, melalui pelbagai transaksi kewangan berlapis yang bertujuan mengaburi sumber asal dana,” katanya.
Azam berkata, buat masa ini SPRM masih belum merakam keterangan Tan Sri terbabit kerana keadaan kesihatan beliau yang berada di wad hospital ketika ini.
“Bagaimanapun siasatan masih berjalan dengan penyitaan aset itu, kita akan meneliti perolehan harta berkenaan, selain mendapatkan dokumen kewangan daripada bank termasuk beliau sendiri bagi tujuan analisa dalam membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata, semua yang terbabit dalam membantu siasatan akan dipanggil untuk rakaman pernyataan.
“Saya tidak menolak beberapa ahli keluarganya akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya.
Katanya, setakat ini seramai 45 orang sudah dipanggil untuk dirakam percakapan dan antara 30 hingga 50 saksi lagi akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan, SPRM menyita pelbagai aset termasuk beg tangan, barangan kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai dan kediaman mewah keseluruhannya dianggarkan kira-kira RM32 juta milik individu terbabit.
Dalam operasi itu, SPRM turut menemui sebuah stor simpanan pelbagai jenis minuman beralkohol mewah di salah sebuah kediaman yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta dan dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti pengubahan wang haram.
Bahagian Komunikasi Strategik SPRM menjelaskan kesemua barang dan aset disita bagi tujuan siasatan lanjut mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.
Bulan lalu, media melaporkan empat individu termasuk seorang Datuk Seri ditahan kerana disyaki membuat tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM360 juta.
Suspek yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 50 hingga 70 tahun ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM.
Keempat-empat suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM360 juta menggunakan dana sukuk dalam sebuah projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang bernilai kira-kira RM1.30 bilion antara 2016 hingga 2017. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Penyitaan Aset Bernilai RM85.6 Juta: SPRM telah menyita 14 akaun individu, 8 akaun syarikat, serta pelbagai aset mewah termasuk kenderaan, hartanah, beg tangan, dan jam tangan yang dipercayai diperoleh melalui dana sukuk yang disalahgunakan.
- Dana Sukuk Disalahgunakan: Wang yang sepatutnya digunakan untuk pembinaan lebuh raya didakwa telah dipindahkan ke syarikat proksi dan akaun peribadi, termasuk digunakan untuk pembelian aset mewah dan aktiviti perjudian.
- Siasatan Masih Berjalan: SPRM masih belum merakam keterangan individu utama kerana keadaan kesihatannya, namun 45 orang telah dipanggil, dan lebih ramai saksi akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan.