MALAYSIA
Rasuah lesen cari gali: Dua ADUN, seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah
ADUN Sindumin Datuk Dr Yusof @ Josree Yacob, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan rasuah berkaitan lesen perlombongan mineral di negeri ini pada 2023. - Foto Bernama
KOTA KINABALU:
Ringkasan AI
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rasuah Khas di sini hari ini atas pertuduhan rasuah berkaitan lesen perlombongan mineral di negeri ini pada 2023.
Ringkasan AI
- Mahkamah Khas Rasuah menetapkan 5 Ogos 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes membabitkan dua ADUN Sabah, Datuk Andy Surady Bandy dan Datuk Dr Yusof Yacob, serta ahli perniagaan Datuk Albert Tei, berkaitan urusan perolehan lesen mineral.
- Kes melibatkan dakwaan rasuah berjumlah RM350,000 daripada Albert kepada kedua-dua ADUN untuk mendapatkan lesen cari gali bagi dua syarikat, dengan kesemua tertuduh tidak mengaku bersalah.
- Jaminan ditetapkan antara RM50,000 hingga RM60,000, dan pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 16A(a) dan 16b(A) Akta SPRM 2009.
Ketiga-tiga tertuduh melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu; Datuk Andy Surady Bandy dan ADUN Sindumin; Datuk Dr Yusof Yacob dan seorang ahli perniagaan; Datuk Albert Tei.
Hakim, Jason Juga memerintahkan Andy dan Dr Yusof membayar ikat jamin sebanyak RM50,000 dengan wang deposit berjumlah RM10,000 dibenarkan di mahkamah hari ini manakala Albert diminta membayar ikat jamin sebanyak RM60,000.
Kedua-dua ADUN tersebut diwakili oleh peguam mereka Datuk Ram Singh, Datuk Rizwandean Bukhary dan Shahlan Jufri manakala Albert diwakili Batoholimew Jingulam, Edward Paul, Jul Hamri Jumhani.
Pegawai Pendakwa rRya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah diwakili oleh Rustam Sanip dan Nurul Izzati Sapifee.
Sementara itu, menurut pertuduhan, kedua-dua tertuduh Andi, 44, dan Dr Yusof, 69, didakwa menerima suapan daripada Albert atau nama sebenarnya, Datuk Tei Jiann Cheing, 37, berhubung pengurusan lesen cari gali mineral membabitkan dua syarikat rakan kongsinya, Syarikat Nusa Kini Sdn Bhd dan Syarikat Sinaran Hayat Sdn Bhd.
Keseluruhan wang sogokan terbabit berjumlah RM350,000.
Andi dan Dr Yusof berhadapan dengan tuduhan mengikut Seksyen 16A(a) Akta 2009 SPRM manakala Albert berhadapan dua tuduhan atas memberi sogokan mengikut Seksyen Seksyen 16b(A) Akta 2009 SPRM.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 5 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.