awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Lima termasuk pengurus Felda direman empat hari

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/07/2021
05:47 MYT
Rasuah: Lima termasuk pengurus Felda direman empat hari
Dua daripada lima yang ditahan reman di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. - Foto Astro AWANI
IPOH: Lima individu termasuk seorang Pengurus Felda Rancangan di Negeri Perak direman empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan projek bernilai hampir RM40,000 sejak 2019 hingga tahun lalu.
Turut direman tempoh yang sama ialah seorang pembantu tadbir dan tiga orang kontraktor.
Mereka yang berumur antara 30 hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan memberi dan menerima rasuah antara RM5,000 hingga RM10,000 berkaitan kelulusan kerja-kerja di bawah peruntukan RM5,000 bagi kerja-kerja penyelenggaraan ladang.
Majistret Mohammad Afifi Mohammad Deen menetapkan kesemua mereka ditahan reman sehingga 17 Julai.
Kesemua mereka ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak pada jam 6 petang Selasa.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan kes berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#Ipoh
#Rasuah
#Felda
#SPRM
#Pengurus Felda Rancangan
#Perak
#penyelenggaraan ladang
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan