Rasuah: Pegawai penguatkuasa direman sehari berhubung kad UNHCR

Bernama
Jun 18, 2022 14:01 MYT
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Syafiqah Noorinda di Lokap Berpusat Dang Wangi hari ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penguatkuasa sebuah agensi kerajaan direman sehari bagi membantu siasatan kes rasuah RM1,000 berhubung kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) milik seorang pekerja.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Syafiqah Noorinda di Lokap Berpusat Dang Wangi di sini hari ini.
"Suspek yang berusia 32 tahun ditahan sekitar Sentul pada kira-kira 10 malam, semalam," katanya.
Menurut sumber, suspek dipercayai meminta RM1,000 daripada seorang pemilik kedai sebagai balasan memulangkan kad UNHCR pekerjanya yang diambil semasa pemeriksaan di premis itu pada 17 Mei lepas kerana disyaki penagih dadah.
Pengarah SPRM Kuala Lumpur Razaliah Ab Rahman mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
#Rasuah #pegawai penguatkuasa #kad UNHCR #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia