awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah pemeriksaan kenderaan berat: 13 lagi pemeriksa kenderaan ditahan

Bernama
Bernama
08/01/2025
14:31 MYT
Rasuah pemeriksaan kenderaan berat: 13 lagi pemeriksa kenderaan ditahan
Setakat ini SPRM telah menahan 22 individu termasuk 19 pegawai pemeriksa kenderaan, seorang ejen dan dua 'runner'.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 lagi pegawai pemeriksa kenderaan di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di ibu negara ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat.
Menurut sumber, kesemua lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan antara 1 tengah hari hingga 2 petang semalam dan 10 pagi hingga 3 petang tadi, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
"Siasatan awal mendapati mereka dipercayai menerima wang rasuah antara RM150 hingga RM1,500 sebulan secara tunai daripada 'runner' sebagai balasan membantu meluluskan pemeriksaan kenderaan di tempat mereka bertugas.
"Penahanan mereka adalah susulan tangkapan enam pegawai pemeriksa kenderaan pada Isnin lepas dan juga hasil soal siasat yang dijalankan oleh SPRM terhadap seorang ejen yang diserahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini," katanya.
Sumber itu memaklumkan setakat ini SPRM telah menahan 22 individu termasuk 19 pegawai pemeriksa kenderaan, seorang ejen dan dua 'runner' membabitkan sindiket berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata semua 13 pegawai pemeriksa kenderaan yang ditahan semalam dan hari ini akan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas direkodkan keterangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#pemeriksa kenderaan
#pemeriksaan kenderaan berat
#beri keterangan
#13 pegawai ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan