JOHOR BAHRU:Seorang penolong pegawai di Jabatan Agama Islam Johor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu atas dakwaan menerima suapan bernilai RM26,800.
Tertuduh, Nurhazlin Hashim, 37 tahun, yang tidak diwakili peguam, mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Mengikut kertas pertuduhan, Nur Hazlin pada 27 Oktober 2019 di Jalan Kijang, Taman Mohd Yassin, Simpang Renggam, telah menerima suatu suapan untuk dirinya berjumlah RM12,800 di dalam akaun miliknya dari syarikat pembekalan sebagai dorongan untuk mendapatkan kerja bagi seminar Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Saudara Kita Negeri Johor 2019.
Manakala pada 29 Oktober 2019 dalam daerah sama, tertuduh sekali lagi telah secara rasuah menerima suatu suapan wang sejumlah RM7,000 di dalam akaun miliknya iaitu mencadangkan kepada syarikat yang sama untuk mendapatkan kerja bagi program Santuni Orang Asli Siri 2/2019.
Pada 4 November 2019 pula, tertuduh melakukan perkara sama telah secara rasuah menerima suatu suapan untuk bernilai RM7,000 untuk mendapatkan kerja bagi program Santuni Orang Asli Siri 3/2019 kepada syarikat yang sama.
Terdahulu Pegawai Pendakwa SPRM, Nur Mahirah Mohd Pauzi memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin selain pasport diserahkan pada mahkamah dan tertuduh diminta melapor diri ke pejabat SPRM setiap bulan.
Bagaimanapun, tertuduh merayu agar wang jaminan dikurangkan disebabkan tiada kemampuan untuk membayar kerana masalah kewangan selain gaji yang kecil.
Sementara itu, Ahmad Kamal menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 kepada tertuduh dengan seorang penjamin selain tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
Sebutan semula kes pada 3 Mac depan.
Ernalisa Othman
Wed Feb 17 2021

Nurhazlin merayu agar wang jaminan dikurangkan disebabkan tiada kemampuan untuk membayar kerana masalah kewangan selain gaji yang kecil. - Astro AWANI

Tindakan segera perlu, lindungi hidupan liar dan pengguna jalan raya - Lee Lam Thye
Lintasan hidupan liar merupakan infrastruktur penting yang boleh membantu mengurangkan insiden tragis haiwan dilanggar oleh kenderaan.

Nanostix seru kerajaan negeri fokus penguatkuasaan, bukan pengharaman vape
Nanostix menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan beberapa kerajaan negeri mengharamkan penjualan vape walaupun Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam (Akta 852) telah diluluskan.

Terima kasih JDT, jumpa lagi nanti - Ruo Han
Ttonggak tengah JDT, Ruo Han memuat naik salam perpisahan kepada pasukan itu selepas tujuh tahun bersama Johor Darul Ta'zim (JDT).

Exco Terengganu, dua anak bergraduasi MBA bersama
Exco Terengganu, Datuk Razali Idris telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bersama dua anaknya.

Pemilihan PKR 2025 asas penting hadapi PRU16 - Rafizi
Pemilihan PKR 2025 adalah asas penting ke arah memperkuatkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), kata Rafizi.
AWANI Ringkas: Polis siasat dakwaan vokalis kumpulan muzik 'skinhead' dipukul
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PM Anwar ke Rusia esok, penuhi jemputan Presiden Putin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia bermula 13 hingga 16 Mei ini bagi memenuhi undangan Presiden Vladimir Putin.
Trump akan tandatangani perintah eksekutif kurangkan harga ubat sehingga 80 peratus
Presiden AS Donald Trump mengumumkan perintah eksekutif untuk mengurangkan harga ubat preskripsi sehingga 80%, menyifatkannya sebagai antara perintah eksekutif paling penting dalam sejarah negara.
Pope Leo XIV seru gencatan senjata segera di Gaza
Pope Leo XIV menyeru gencatan senjata segera di Gaza dan melahirkan rasa dukacita terhadap situasi kemanusiaan yang semakin meruncing, dalam ucapan pertamanya selepas dilantik sebagai Paus.
Cuaca panas melampau uji ketahanan jemaah di tanah suci
Pihak berkuasa Arab Saudi menjangkakan suhu melampau mencecah antara 45 hingga 50 darjah Celsius di Makkah, membahayakan kesihatan jemaah haji. Langkah keselamatan disarankan untuk mengatasi cabaran ini.
![[KOLUMNIS] G.R.A.F.t - Formula kenal, ingat kesalahan rasuah [KOLUMNIS] G.R.A.F.t - Formula kenal, ingat kesalahan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720168226_TBTarmize.jpg)
[KOLUMNIS] G.R.A.F.t - Formula kenal, ingat kesalahan rasuah
Walaupun sering dikaitkan dengan perbuatan memberi dan menawar suapan, kesalahan rasuah menurut undang-undang adalah lebih luas.

SPRM dalam proses dapatkan dokumen berkaitan pencerobohan tanah di Raub
SPRM dalam proses mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan dalam siasatan berhubung pencerobohan tanah yang dijadikan kebun durian di Raub, Pahang.

Lantikan semula Azam Baki pastikan kesinambungan agenda banteras rasuah - MCW
Pelantikan semula Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah satu keperluan luar jangka yang amat kritikal dalam memastikan kesinambungan agenda pencegahan rasuah di negara ini.

Rasuah percepat permohonan warganegara: SPRM akan panggil ramai lagi individu
Operasi terbabit merupakan lanjutan daripada Op Outlander yang baru-baru ini dijalankan oleh SPRM.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 Mei 2025.

SEB jamin operasi berjalan seperti biasa dalam persekitaran laporan siasatan SPRM
Syarikat itu berkata ia mempunyai dasar anti-rasuah yang ketat dan telah melaksanakan kawalan dalaman serta prosedur untuk mengurus dan mengurangkan risiko tersebut dengan berkesan.

Ketua koordinator eksekutif syarikat ditahan reman, maklumat palsu projek PPAM
Seorang ketua koordinator eksekutif sebuah syarikat ditahan reman selama tiga kerana disyaki bersubahat menggunakan dokumen mengandungi maklumat palsu berkaitan PPAM.

Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM
Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh setahun berkuat kuasa 13 Mei ini.

SPRM perkukuh kerjasama strategik rentas sempadan di forum antarabangsa
SPRM terus memperkukuh komitmen dalam memperjuangkan integriti dan tadbir urus baik di peringkat global pada Forum Integriti Antarabangsa Saudi-Maldives 2025 pada 6 dan 7 Mei lepas.

SPRM nafi pegawai kanan 'tekan' Pamela Ling supaya selesai isu penceraian ketika disiasat
SPRM menafikan dakwaan tular seorang pegawai kanannya 'menekan' Pamela Ling Yueh untuk menyelesaikan isu penceraian semasa siasatan.