awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Penolong pegawai kesihatan Segamat ditahan SPRM

Bernama
Bernama
06/02/2018
12:23 MYT
Rasuah: Penolong pegawai kesihatan Segamat ditahan SPRM
Suspek ditahan di pejabat SPRM Johor Cawangan Segamat selepas disyaki menerima RM5,000 daripada seorang pengurus syarikat sebagai balasan menyokong permohonan menganjurkan program di daerah itu pada tahun ini. --fotoBERNAMA
Seorang penolong pegawai kesihatan persekitaran Majlis Perbandaran Segamat (MPS) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini kerana disyaki menerima wang rasuah sebanyak RM5,000.
Menurut sumber, penahanan dibuat di pejabat SPRM Johor Cawangan Segamat kira-kira 2.30 petang ketika suspek berusia 57 tahun itu memberi keterangan bagi membantu siasatan yang dijalankan.
Suspek disyaki menerima wang rasuah daripada pengurus sebuah syarikat pengurusan program dan acara sebagai balasan menyokong permohonan mereka menganjurkan program di daerah Segamat, tahun ini, katanya.
Pasukan penyiasat SPRM dipercayai telah menyita beberapa dokumen berkaitan program berkenaan, hasil serbuan ke atas pejabat suspek di Jalan Buluh Kasap, Segamat.
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias yang dihubungi hari ini mengesahkan tangkapan dan berkata suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Segamat, pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmi Alias
#Majlis Perbandaran Segamat
#pegawai kesihatan
#penolong pegawai kesihatan
#Rasuah
#Segamat
#siasatan
#SPRM
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan