awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Penyelia asrama sekolah agama mengaku salah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/10/2021
03:49 MYT
Rasuah: Penyelia asrama sekolah agama mengaku salah
Muhamad Rozi (kanan) didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda, jika sabit kesalahan. - Astro AWANI
IPOH: Seorang penyelia asrama sebuah sekolah agama di Bagan Datuk mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas satu tuduhan pilihan menerima rasuah daripada seorang kontraktor, empat tahun lalu.
Tertuduh, Muhamad Rozi Ahmad Puad, 36 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S Indra Nehru.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memperoleh wang tunai RM5,800 daripada seorang kontraktor perkhidmatan bekalan makanan sebagai upah untuk tidak membuat sebarang pemotongan terhadap tuntutan kontraktor berkenaan.
Dia didakwa menerima wang tunai itu melalui kemasukan ke akuan Maybank pada 31 Julai, 2017.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM8,000, atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#penyelia asrama sekolah agama
#kontraktor perkhidmatan bekalan makanan
#Mahkamah Sesyen Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan