awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah

Sinar Harian
Sinar Harian
18/11/2024
01:00 MYT
Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah
Bung Mokhtar dan Zizie tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya, bagi mendengar keputusan rayuan pendakwaan terhadap kes rasuah yang dihadapi mereka. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad tiba di Istana Kehakiman bagi mendengar keputusan rayuan pendakwaan terhadap mereka.
Bung Moktar, 65, dan Zizie Izette, 46, sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta dilihat memasuki kamar mahkamah jam 8.45 pagi ini.
Keputusan dijangka diumumkan oleh panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Noorin Badaruddin pada pukul 9 pagi.
Jika keputusan memihak kepada pendakwaan, kes itu akan dikembalikan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk pasangan suami isteri itu membela diri bagi menjawab pertuduhan dihadapi mereka, dan jika panel hakim itu membuat dapatan sebaliknya, pasangan itu akan kekal bebas.
Pada 18 September tahun lalu, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid yang membebaskan pasangan itu daripada pertuduhan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Bung Moktar dan Zizie Izette bagi menyemak keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 September 2022 yang memerintahkan mereka membela diri terhadap pertuduhan itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#Rasuah
#Zizie Izette
#Istana Kehakiman Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan