MALAYSIA
Rasuah: SPRM tahan reman pegawai kanan ATM di Melaka
Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira jam 12.15 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka. - Gambar hiasan
AYER KEROH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan reman seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000.
Perintah reman selama enam hari sehingga 2 Februari ini dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, pagi tadi.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira jam 12.15 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.
Siasatan awal mendapati suspek, yang ketika kejadian bertugas sebagai pegawai pemerintah di sebuah kem di negeri ini, disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan meluluskan kerja-kerja pembekalan bahan mentah bagi senggaraan stor sekitar tahun 2024.
Suspek dipercayai menerima wang rasuah secara tunai daripada lima buah syarikat yang memperoleh kerja pembekalan berkenaan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.