awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, meningkat daripada mata wang utama
Zii Jia mahu kembali dengan prestasi, bukan sekadar nama
Kekayaan sumber asli tidak menjamin kemakmuran negara - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah tender perolehan Tentera Darat: 26 syarikat kini disiasat SPRM

Bernama
Bernama
05/01/2026
12:45 MYT
Rasuah tender perolehan Tentera Darat: 26 syarikat kini disiasat SPRM
Azam mengesahkan siasatan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap 26 syarikat yang disyaki terlibat dalam tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).
Menurut sumber, kesemua pemilik syarikat berkenaan turut terlibat dalam siasatan dan kemungkinan direman bagi membantu siasatan.
"SPRM telah memulakan siasatan terhadap kesemua 26 syarikat tersebut kira-kira 11 pagi tadi di sekitar Lembah Klang, Perak dan Pulau Pinang," katanya kepada Bernama.
SPRM pada 23 Dis lepas memulakan siasatan terhadap projek-projek yang dilaksanakan menerusi kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) TDM.
Keesokannya, agensi itu memanggil tiga individu untuk dirakam keterangan berhubung kes.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Pada 22 Dis lepas, aktivis Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa hasil semakan dokumen forensik diterimanya secara tanpa nama menunjukkan terdapat kemasukan wang secara bulanan dalam jumlah puluhan ribu ringgit ke dalam akaun dikaitkan dengan pegawai kanan tentera dan ahli keluarga pegawai itu.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapa jumlah syarikat yang sedang disiasat oleh SPRM berhubung tender perolehan Tentera Darat Malaysia? A: SPRM sedang menyiasat 26 syarikat yang disyaki terlibat dalam tender perolehan Tentera Darat Malaysia.
  • Q: Di manakah lokasi siasatan terhadap 26 syarikat tersebut dijalankan? A: Siasatan terhadap 26 syarikat tersebut dijalankan di sekitar Lembah Klang, Perak, dan Pulau Pinang.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil SPRM selepas memulakan siasatan terhadap projek-projek perolehan TDM? A: SPRM memanggil tiga individu untuk dirakam keterangan berhubung kes tersebut selepas memulakan siasatan terhadap projek-projek perolehan Tentera Darat Malaysia.
  • Q: Siapakah yang memaklumkan bahawa siasatan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009? A: Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki yang memaklumkan bahawa siasatan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
  • Q: Apa yang didakwa oleh aktivis Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berdasarkan semakan dokumen forensik yang diterimanya? A: Berdasarkan semakan dokumen forensik yang diterimanya, Chegubard mendakwa terdapat kemasukan wang secara bulanan dalam jumlah puluhan ribu ringgit ke dalam akaun dikaitkan dengan pegawai kanan tentera dan ahli keluarga pegawai itu.

Topic Berkaitan
#SPRM
#pegawai kanan
#tentera darat
#dokumen forensik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan