MALAYSIA
Rasuah ternakan lembu: Dua individu termasuk Ahli Parlimen PN didakwa Isnin - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata pertuduhan terhadap Ahli Parlimen dan seorang ahli perniagaan itu akan dibuat di mahkamah Shah Alam, Selangor. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dua individu termasuk seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan dituduh di mahkamah Isnin ini berhubung dakwaan rasuah yang berkaitan dengan usaha sama penternakan lembu milik Kerajaan Negeri Kedah.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata pertuduhan terhadap Ahli Parlimen dan seorang ahli perniagaan itu akan dibuat di mahkamah Shah Alam, Selangor.
"Ahli Parlimen berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 28 (1) (c) Akta SPRM 2009 dengan satu pertuduhan, iaitu bersubahat menerima rasuah.
"Ahli perniagaan pula akan didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 dengan dua pertuduhan, iaitu meminta dan menerima rasuah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Khamis lepas, SPRM telah menahan Ahli Parlimen terbabit bagi siasatan kes melibatkan usaha sama ternakan lembu milik Kerajan Negeri Kedah manakala ahli perniagaan berkenaan telah ditangkap pada Mac lepas dan dilepaskan dengan jaminan.
Siasatan yang dijalankan sejak Februari lepas melibatkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot.
Susulan itu, kertas siasatan telah dibuka susulan aduan diterima pada 10 Feb lepas dan 15 saksi telah dirakam percakapan.
-- BERNAMA