MALAYSIA

Rasuah wajar dilihat sebagai jenayah berat, setara dengan dadah

Farhan Hakimi 09/01/2026 | 14:46 MYT
Ahli Jawatankuasa MAYC, Saw Zi Xuan, berkata pendekatan itu bertujuan membentuk kesedaran dalam kalangan masyarakat supaya rasuah dianggap sama berbahaya dan merosakkan seperti jenayah dadah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Rasuah wajar dilihat sebagai jenayah berat setara dengan dadah, termasuk dari segi ketegasan hukuman dikenakan.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Saw Zi Xuan, berkata pendekatan itu bertujuan membentuk kesedaran dalam kalangan masyarakat supaya rasuah dianggap sama berbahaya dan merosakkan seperti jenayah dadah.

“Pendapat saya mungkin sedikit ekstrem. Saya agak bersetuju dengan kerajaan China yang menjatuhkan hukuman mati. Kita takut dadah kerana takut hukuman mati. Jadi, jika kita menyamakan dadah dengan rasuah, adakah rakyat akan lebih takut terhadap rasuah sama seperti mereka takut pada dadah?” katanya.

Sementara itu, Tobey Qi-Sean Arun Prakash daripada Federasi Pemuda Kebangsaan berpendapat, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat perlu diperkukuh.

“Kita dapat lihat hari ini, kerajaan yang sebelum ini ditekan mengenai isu 'whistleblowing' seharusnya lebih memahami tentang kepentingan akta ini dan bagaimana untuk memperkukuh perlindungan tersebut,” katanya.

Kedua-dua pandangan itu disuarakan dalam program Dialog Anak Muda terbitan Astro AWANI hari ini.





#SPRM #Rasuah #Dadah #Hukuman