MALAYSIA
Ratusan sertai himpunan aman tanda simpati kepada Zara Qairina di ibu negara
Peserta turut memegang kain rentang dan poster tertera perkataan ‘Banteras Pembuli’, ‘Kami Mahukan Keadilan Untuk Zara’, dan ‘Al-Fatihah Untuk Zara’. - Gambar Astro AWANI.
KUALA LUMPUR: Ratusan peserta melaungkan ‘Justice For Zara Qairina’ semasa himpunan bagi menyatakan simpati terhadap Allahyarham Zara Qairina Mahathir di hadapan pusat membeli-belah Sogo di sini, hari ini.
Para peserta mula berkumpul seawal jam 7 malam, menunaikan solat Maghrib secara berjemaah sebelum meneruskan program dengan bacaan Yasin, diikuti himpunan yang berlangsung secara aman.
Beberapa individu dalam kalangan aktivis masyarakat menyampaikan ucapan solidariti menuntut agar nasib pelajar berumur 13 tahun itu mendapat pembelaan sewajarnya.
Peserta turut memegang kain rentang dan poster tertera perkataan ‘Banteras Pembuli’, ‘Kami Mahukan Keadilan Untuk Zara’, dan ‘Al-Fatihah Untuk Zara’.
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut hadir mengawal lalu lintas dan keselamatan sekitar lokasi himpunan.
Tinjauan di media sosial turut mendapat himpunan yang membawa mesej yang sama turut diadakan di Putrajaya dan Kepala Batas.
Media turut melaporkan himpunan itu akan diteruskan pada Sabtu di Dataran Merdeka sekitar jam 8 malam.
Zara Qairina yang merupakan pelajar Tingkatan Satu SMKA Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah, ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sekolah sekitar jam 4 pagi pada 16 Julai lalu.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, namun disahkan meninggal dunia pada 17 Julai.
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kubur mendiang digali semula pada 8 Ogos dan bedah siasat dilakukan pada 9 Ogos.
Laporan awal forensik mendedahkan Zara meninggal dunia akibat kecederaan otak teruk yang konsisten dengan kesan jatuh dari aras tinggi, manakala polis turut menyiasat sekiranya wujud unsur buli seperti yang disyaki berlaku sebelum kejadian.
Setakat ini, polis telah mengambil lebih 80 keterangan saksi termasuk pelajar, manakala AGC mengumumkan inkuiri penuh akan dijalankan di mahkamah koroner bagi menentukan punca sebenar kematian.
Kementerian Pendidikan pula memindahkan beberapa pegawai sekolah termasuk pengetua dan warden, selain memberikan intervensi psikologi kepada lebih 100 pelajar yang terkesan dengan tragedi itu.