KUALA TERENGGANU: Rakyat Terengganu akan mendapat rawatan perubatan wad kelas tiga secara percuma di semua hospital kerajaan di negeri ini bermula Julai ini.
Exco Kesihatan Negeri Dr Alias Razak berkata manfaat yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 itu melibatkan peruntukan sebanyak RM3.7 juta setahun ditanggung oleh kerajaan negeri.
"Manfaat tersebut merangkumi bayaran katil, makan minum harian dan rawatan yang akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
"Namun ia tidak terpakai kepada pesakit yang berpindah daripada kelas dua atau satu ke kelas tiga yang mungkin sebelum ini ditanggung oleh majikan dan syarikat insuran. Rawatan seperti implan juga tidak termasuk namun pesakit kurang berkemampuan boleh memohon bantuan kepada pihak berkaitan seperti di Terengganu kita ada Tabung Darul Iman," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Dr Alias berkata manfaat tersebut melibatkan 1,390 katil di enam buah hospital kerajaan di seluruh negeri iaitu Hospital Sultanah Nur Zahirah, Hospital Dungun, Hospital Kemaman, Hospital Hulu Terengganu, Hospital Besut dan Hospital Setiu.
Katanya, manfaat tersebut juga bertepatan dengan situasi semasa berikutan ramai terkesan dengan penularan pandemik COVID-19 sehingga ada yang hilang punca pendapatan.
"Pada musim COVID-19 ini ada yang diberhentikan kerja, peniaga-peniaga kecil dan buruh juga tidak boleh bekerja. Sudahlah mereka hendak makan pun susah, apatah lagi kalau sakit dan dikenakan bayaran hospital pula, jadi ia lebih membebankan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 16 2021
Dr Alias berkata manfaat yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 itu melibatkan peruntukan sebanyak RM3.7 juta setahun ditanggung oleh kerajaan negeri.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Grab Malaysia cipta 10,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Terengganu
Grab Malaysia telah membuka 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat, yang dikenali sebagai Rakan Grab, di Terengganu sejak mula beroperasi di negeri pantai timur itu pada 2017.
MOSTI bincang kepentingan wujudkan segera pusat penyelidikan pembangunan vaksin
Pembangunan pusat tersebut dilihat sangat signifikan bagi menghadapi cabaran penularan sesuatu penyakit berjangkit atau wabak.
Jadi pengundi bijak, jangan sampai era kegelapan Terengganu berulang - Najib
Rakyat Terengganu perlu menjadi pengundi yang bijak bersandarkan fakta.