Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta orang ramai termasuk pihak pengurusan Rayani Air untuk tidak membuat sebarang spekulasi bahawa terdapat unsur sabotaj sehingga menyebabkan dua penerbangan syarikat itu terpaksa dibatalkan, Selasa lalu.
Menurut beliau, dakwaan sedemikian merbahaya kerana boleh memberi ancaman kepada keselamatan pengangkutan udara dalam negara.
Kata Liow, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk menyiasat perkara ini dengan lebih mendalam dan setakat ini tiada unsur sabotaj yang dilaporkan.
Katanya lagi, kerosakan dan masalah teknikal seumpama ini sering dihadapi oleh syarikat-syarikat penerbangan, namun mereka perlu sentiasa berusaha dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang.
BACA: Masalah teknikal, lebih 200 penumpang pesawat Rayani Air terkandas di Langkawi
BACA: Rayani Air memohon maaf atas pembatalan penerbangan
Jelas beliau, pihak syarikat penerbangan juga perlu mempunyai pelan rancangan awal seperti mengikat perjanjian dengan syarikat penerbangan lain bagi mengelak kejadian penumpang terkandas dan terpaksa menunggu lama.
“Tapi kita kena siasat sama ada sabotaj atau kemalangan teknikal, ataupun ia satu isu yang biasa, isu skrin pecah itu selalu berlaku bagi pesawat kerana masalah udara yang sejuk dan panas menyebabkan skrin itu retak, oleh itu, itu satu teknikal yang selalu berlaku,” kata Liow.
Bagaimanapun, katanya dakwaan yang mengatakan kejadian itu berpunca dari sabotaj adalah bahaya dan perlu disiasat.
“Sebab itu kita kena buat siasatan sama ada itu sabotaj atau masalah teknikal. tetapi bagi DCA kita tahu ini pernah berlaku bagi pesawat lain, dan juga kerana masalah teknikal dan bukan masalah sabotaj.
“Bukan susah sangat… apabila kita lihat dari segi retakan kita boleh tahu itu sabotaj atau teknikal,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina kepada lebih 114 penduduk kawasan Merlimau di Persatuan Buddhist Merlimau, Jasin, Melaka pagi tadi.
Syarikat Penerbangan Rayani Air merupakan syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia.
Ia berpangkalan di Langkawi dan telah memulakan operasinya pada 20 Disember ini dengan penerbangan 'homecoming' dari klia2 ke Langkawi.
Raffi Bachik
Fri Feb 12 2016
LIOW: Dakwaan sedemikian merbahaya kerana boleh memberi ancaman kepada keselamatan pengangkutan udara dalam negara. - Gambar fail
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
PRU15: 'Perubahan situasi hari ini menakjubkan, membuka mata saya' - Tiong Lai
Tiong Lai antara lain menjelaskan persepsi terhadap 'partinya' kini bertukar 180 darjah dalam tempoh sehari selepas PRU15.
PRU15: Rara berjaya tawan Bentong
Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan kerusi Parlimen Bentong meskipun bersaing sengit dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Tan Sri Liong Tiow Lai.
PRU15: 'Sakit hati tengok Bentong ke belakang, rakyat tidak akan tertipu kali kedua' - Tiong Lai
Liow Tiong Lai yakin mampu membawa pembangunan di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.
PRU15: Young Syefura sah bertanding kerusi Parlimen Bentong
Beliau dijangka berdepan saingan sengit daripada bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan mahu merebut semula kerusi terbabit.
PRU15: Parlimen Bentong bakal jadi kerusi panas?
Parlimen Bentong menjadi kerusi selamat buat MCA selama 13 PRU sebelum dirampas DAP pada tahun 2018.
PRU15: MCA sokong penuh pencalonan Liow rampas kembali Parlimen Bentong
MCA menyokong penuh pencalonan bekas Ahli Parlimen Bentong Tan Sri Liow Tiong Lai untuk merampas kembali kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Acryl Sani, Nor Shamsiah, Azam Baki, Hadi Awang dianugerah gelaran Tan Sri
Seramai 19 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri.
BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti
Barisan Nasional menghormati keputusan dibuat parti-parti teras dan apa pun keputusan mesti dibuat secara rasmi untuk tindakan selanjutnya.
Tiong Lai tidak mampu menahan deraian air mata
Dalam ucapan terakhirnya sebagai presiden, Tiong Lai zahirkan penghargaan kepada mereka yang membantu mengembangkan karier politiknya.
Wee Ka Siong presiden baharu MCA
Satu-satunya wakil rakyat MCA di Dewan Rakyat itu, memperoleh 447 undi dan mengatasi saingan terdekatnya Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu yang memperoleh 182 undi.