MALAYSIA
Rayuan kerajaan terhadap alasan penghakiman wajar, elak salah tafsiran - Peguam
Kiri, Muhammad Akram Abdul Aziz dan kanan, Putera Muhammad Nor Hashim. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Tindakan Kerajaan Persekutuan memfailkan rayuan terhadap alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah bukan sesuatu yang luar biasa dari aspek perundangan.
Ringkasan AI
Peguam Muhammad Akram Abdul Aziz berkata dalam keadaan tertentu, pihak terlibat boleh merayu aspek ratio decidendi atau dapatan undang-undang yang mempunyai implikasi lebih luas walaupun keputusan akhir tidak dipertikaikan.
"Secara prinsip, rayuan lazimnya difailkan terhadap keputusan substantif mahkamah, namun mahkamah mempunyai kuasa dan budi bicara untuk membenarkan rayuan sebegini apabila alasan penghakiman itu berpotensi mewujudkan salah tafsir terhadap undang-undang, menjejaskan dasar awam atau memberi kesan kepada kes lain pada masa depan.
"Membetulkan dapatan undang-undang menerusi rayuan boleh dilihat sebagai satu cara sah dan wajar untuk memastikan prinsip perlembagaan yang betul digunakan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam menyatakan Kerajaan Persekutuan hanya memfailkan rayuan terhadap alasan penghakiman itu selepas mendapati wujud beberapa kekhilafan.
Anwar berkata berdasarkan pemahaman Kerajaan Persekutuan, atas nasihat Jabatan Peguam Negara, alasan penghakiman itu dibuat di luar bidang perundangan.
Muhammad Akram berkata jika alasan penghakiman dibuat di luar bidang perundangan, ia bermaksud mahkamah mungkin telah memberi tafsiran atau membuat dapatan melampaui isu dibenarkan undang-undang atau tidak berasaskan prinsip perlembagaan dan statut (undang-undang bertulis) sewajarnya.
"Implikasinya berkemungkinan dapatan tersebut boleh mencipta precedent yang mengikat mahkamah bawahan, berpotensi menjejaskan hubungan perlembagaan antara Persekutuan dan Negeri, boleh mencetuskan kekeliruan dalam pentafsiran Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan pada masa hadapan," kata peguam itu.
Senada dengan pandangan itu, peguam Salim Bashir berkata langkah memfailkan sesuatu rayuan oleh mana-mana pihak termasuk Kerajaan Persekutuan terhadap keseluruhan atau sebahagian keputusan dan alasan penghakiman adalah perkara lazim dalam sesuatu proses perundangan selagi mana ia suatu isu yang boleh dirayu dan tidak terhalang di bawah Akta Mahkamah Kehakiman (CJA) 1964.
Beliau berkata keputusan untuk tidak membuat rayuan terhadap pemberian khas 40 peratus hasil Sabah adalah hak Kerajaan Persekutuan demi menjaga hubungan baik dengan Kerajaan Negeri selain menghormati Perlembagaan Persekutuan serta pengiktirafan Perjanjian Malaysia 1963.
"Keputusan tidak merayu ini dialu-alukan dan menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan menjunjung konsep Rule of Law dalam isu ini," kata bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia itu.
Bagaimanapun, beliau berkata Kerajaan Persekutuan akan merayu terhadap beberapa isu dan dakwaan di dalam alasan penghakiman yang dikatakan memberikan suatu naratif khilaf serta gambaran bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terdahulu telah melanggari kewajiban perlembagaan antaranya kajian semula selepas 2021 adalah menyalahi undang-undang, tidak rasional dan ketidakaturan prosedur.
"Jika sesuatu rayuan tidak difailkan atau permohonan untuk membuang beberapa perkara dalam alasan penghakiman tidak dilakukan bagi tujuan membetulkan perkara dinyatakan, maka kandungan di dalam alasan penghakiman itu akan menjadi suatu rekod penghakiman yang tidak dicabar kesahihannya.
"Maka atas dasar inilah pihak kerajaan bercadang merayu terhadap beberapa perkara di dalam alasan penghakiman tanpa menyentuh keputusan asas terhadap perintah pemberian khas 40 peratus hasil Sabah kerana pemberian khas itu perkara yang menjadi isu dalam rayuan," katanya.
Sementara itu, peguam Putera Muhammad Nor Hashim berkata tindakan Kerajaan Persekutuan merayu alasan penghakiman sahaja dan bukan keseluruhan keputusan, menunjukkan kerajaan bersetuju terhadap pemberian khas 40 peratus hasil Sabah itu.
"Kerajaan Persekutuan merayu terhadap alasan penghakiman kerana alasan penghakiman tetap berpotensi mempengaruhi bagaimana keputusan itu ditafsir dan dilaksanakan kelak.
"Pada hematnya, kerajaan nak merayu bagi mengelak interpretasi-interpretasi yang salah atau tidak selaras dengan pemakaian undang-undang sepatutnya," katanya.
Pada 17 Okt, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan bagi 1974 hingga 2021.
Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan pada 11 Okt lepas memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Jemaah Menteri telah memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pemberian khas Sabah berdasarkan 40 peratus hasil, sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Namun, kerajaan akan merayu terhadap kecacatan dalam alasan penghakiman yang menyentuh dakwaan salah guna kuasa dan pelanggaran kewajipan perlembagaan melibatkan kedua-dua kerajaan sejak 1974.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Persekutuan memfailkan rayuan terhadap alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah, menunjukkan tindakan itu adalah langkah biasa dalam proses perundangan.
- Peguam berpendapat bahawa tindakan rayuan terhadap alasan penghakiman penting untuk memastikan kejelasan undang-undang, mengelakkan salah tafsir, dan menjaga prinsip perlembagaan yang betul.
- Walaupun Kerajaan Persekutuan tidak merayu terhadap pemberian khas 40 peratus hasil Sabah, namun mereka akan merayu terhadap kecacatan dalam alasan penghakiman yang melibatkan dakwaan salah guna kuasa dan pelanggaran kewajipan perlembagaan.