MALAYSIA
Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad didengar 4 Dis
Pada 6 Mac 2024, Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Feb 2021 selepas membenarkan rayuan Isa Samad. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pendengaran rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada sembilan pertuduhan rasuah dijadualkan semula kepada 4 Dis ini di Mahkamah Persekutuan.
Ringkasan AI
Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz berkata tarikh baharu itu ditetapkan ketika pengurusan kes yang dijalankan secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahyun Yusof semalam.
"Prosiding pendengaran itu sepatutnya bermula 29 Okt ini namun dijadualkan semula kerana responden telah melantik peguam baharu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebelum ini, peguam Datuk Salehuddin Saidin mewakili Mohd Isa di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum beliau dilantik sebagai Senator Dewan Negara.
Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan pada 7 Mac lepas manakala petisyen rayuan dikemukakan pada 26 Jun dengan 24 alasan bahawa Mahkamah Rayuan telah terkhilaf daripada segi undang-undang dan fakta ketika melepas serta membebaskan Mohd Isa daripada semua pertuduhan.
Pada 6 Mac 2024, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S M Komathy Suppiah, sebulat suara mengetepikan sabitan serta hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Feb 2021 selepas membenarkan rayuan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 49, Menara FELDA, Persiaran KLCC, di sini, antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.
Pertuduhan dikemuka mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pendengaran rayuan kes rasuah Mohd Isa Abdul Samad ditetapkan semula ke 4 Disember di Mahkamah Persekutuan selepas beliau melantik peguam baharu.
- Pihak pendakwaan mengemukakan 24 alasan rayuan, mendakwa Mahkamah Rayuan terkhilaf ketika melepas dan membebaskan Mohd Isa daripada sembilan pertuduhan rasuah.
- Mahkamah Rayuan sebelum ini mengetepikan sabitan dan hukuman enam tahun penjara serta denda RM15.45 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 2021.