PUTRAJAYA: Rayuan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan dalam kes itu akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 15 Nov.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah berkata tarikh pendengaran itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mohd Khair Haron semasa pengurusan kes secara dalam talian hari ini.
"Tarikh pendengaran itu ditetapkan setelah perayu (Rosmah) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu pada 24 Sept lepas," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Prosiding hari ini disertai Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn dan Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah.
Pada 4 Okt lepas Mahkamah Rayuan menolak permohonan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu untuk menangguhkan perbicaraan kes rasuahnya sementara rayuan itu diputuskan.
Susulan keputusan tersebut, Rosmah, 69, telah memberi keterangan membela diri pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi pada 5 Okt dan akan bersambung pada 8 Dis.
Rosmah memfailkan dua permohonan di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Mei lepas untuk membatalkan keseluruhan perbicaraannya, dalam usaha untuk dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan serta menggugurkan Sri Ram sebagai pendakwa utama.
Rosmah memfailkan permohonan itu selepas Mahkamah Rayuan pada 8 April lepas membenarkan rayuannya untuk mendapatkan salinan surat pelantikan Sri Ram selepas pihak pendakwaan bersetuju untuk menyerahkan kepada pihak pembelaan.
Rayuan itu beliau kemukakan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya berhubung surat pelantikan Sri Ram, pada 19 Ogos tahun lepas.
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor.
Ia sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 25 2021

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor. - Gambar fail/Astro AWANI

PRN: Negeri Sembilan cadang bubar DUN 1 Jun ini
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dibubarkan pada 1 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Tiada kompromi jika pegawai langgar Artikel 5.3 WHO FCTC - KKM
Kementerian Kesihatan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang melanggar garis panduan Artikel 5.3 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC).

Mohammad Agus mula tugas sebagai KP J-KOM hari ini
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff memulakan tugas secara rasmi hari ini.

Kilang roti beroperasi 20 tahun tiada permit simpan gandum
Penguat kuasa KPDN Pulau Pinang sita 700 kg tepung gandum di kilang roti terkenal di Jalan Transfer, George Town.

Penamatan HSR: Dr Mahathir, Muhyiddin dan tiga lagi diarah fail pernyataan pembelaan
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga lagi memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman berhubung penamatan Proj

Pantau Kerajaan Baharu | Cadangan bangunkan tanah terbiar untuk pertanian moden
Pantau Kerajaan Baharu kali ini membincangkan cadangan membangunkan tanah terbiar untuk pertanian moden bersama Pemilik Kundasang Aqua Farm, Azizul Julirin

Sindiket Dadah | Tonton YouTube untuk belajar proses pembuatan dadah
Polis Serdang berjaya mengesan sindiket memproses dadah yang dipelajari menerusi YouTube. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata sindiket itu bergiat aktif di sebuah kilang dekat Seri Kembangan didalangi seorang lelaki berusia 44 tahun.

PM Anwar usul kerjasama swasta - kerajaan perkasakan TVET
Kerajaan akan kenal pasti syarikat swasta dan GLC yang boleh bantu selesaikan masalah yang wujud.
![[TERKINI] Beku Akaun Bersatu | PM tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan [TERKINI] Beku Akaun Bersatu | PM tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007667/24992726401675322032966_640x360.jpg)
[TERKINI] Beku Akaun Bersatu | PM tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan badan siasatan, penguatkuasaan dan kehakiman di Malaysia kekal bebas dan tidak di bawah pengaruh mana-mana pihak.

Beruang matahari tersesat gigit anggota bomba berjaya ditangkap
Seekor beruang matahari dipercayai tersesat di kawasan sawah di Kampung Selengkoh, Yan, berjaya ditangkap sekitar 1 tengah hari tadi.

Rayuan Rosmah untuk gugurkan Sri Ram dan batalkan bicara kes rasuah didengar 15 Nov
Tarikh pendengaran itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mohd Khair Haron semasa pengurusan kes secara dalam talian hari ini.

Bicara kes rasuah: Bukan sahaja cepatkan, tapi perlu bebas, tiada campur tangan - Anas Zubedy
Ia akan meningkatkan kepercayaan rakyat kepada bukan sahaja kepada institusi mahkamah, malah kepada agensi penguat kuasa dan kerajaan.

Kes rasuah Guan Eng: Dijangka 125 saksi pendakwaan termasuk Exco Pulau Pinang
Kes rasuah Guan Eng: Dijangka 125 saksi pendakwaan termasuk Exco Pulau Pinang