awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rayuan SIS Forum terhadap fatwa menyeleweng daripada ajaran Islam didengar 27 Feb

Bernama
Bernama
02/11/2023
13:38 MYT
Rayuan SIS Forum terhadap fatwa menyeleweng daripada ajaran Islam didengar 27 Feb
Mahkamah Persekutuan menetapkan 27 Feb tahun depan untuk mendengar rayuan SIS Forum untuk mencabar fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Selangor pada 2014 yang mengisytiharkannya sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 27 Feb tahun depan untuk mendengar rayuan kumpulan hak wanita SIS Forum (Malaysia) untuk mencabar fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Selangor pada 2014 yang mengisytiharkannya sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.
Peguam A. Surendra Ananth mewakili SIS Forum dan peguam Majdah Muda yang mewakili Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberitahu Bernama tarikh prosiding rayuan itu ditetapkan susulan pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Suhaila Haron hari ini.
Pada 21 Ogos lepas, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada SIS Forum dan pengasas bersamanya Zainah Mahfoozah Anwar untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan.
SIS Forum dan Zainah gagal dalam usaha mereka di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan fatwa itu. Permohonan semakan kehakiman mereka ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 27 Ogos 2019.
Mereka merayu kepada Mahkamah Rayuan tetapi rayuan mereka ditolak pada 14 Mac lepas. Mereka kemudian memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan kebenaran merayu.
Mahkamah Rayuan memutuskan fatwa yang disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bukanlah keputusan muktamad dan dengan itu tidak boleh dicabar melalui permohonan semakan kehakiman.
Fatwa itu, yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 31 Julai 2014, telah mengisytiharkan bahawa SIS Forum, individu dan kumpulan yang mengamalkan fahaman liberalisme serta pluralisme sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Fatwa itu juga mengarahkan mana-mana penerbitan yang mengandungi pandangan liberal dan plural hendaklah diharamkan serta dirampas selain meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menapis laman sesawang sosial yang bercanggah dengan ajaran Islam serta hukum syarak.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim membenarkan permohonan kebenaran dengan 10 persoalan undang-undang dihujahkan dalam rayuan substantif itu.
Satu daripada persoalannya ialah sama ada fatwa, yang pernah disiarkan dalam Warta di bawah Seksyen 48(6) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, adalah satu bentuk undang-undang subsidiari dan/atau perundangan yang diwakilkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Persekutuan
#SIS Forum
#rayuan
#fatwa menyeleweng
#ajaran islam
#liberalisme
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan