PUTRAJAYA: Pasukan responden di Mahkamah Persekutuan di sini pada Jumaat menyatakan bahawa jejak aliran wang jelas menunjukkan dana RM42 juta daripada akaun Ambank milik Syarikat SRC International Sdn Bhd berakhir ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram berhujah, dana itu dimasukkan ke akaun peribadi Najib melalui akaun bank anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB) dan Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB).
Menurutnya, bekas Perdana Menteri itu tidak pula membuat laporan dan aduan kepada Ambank berhubung wang berkenaan.
“Sebelum ini, perayu kata tidak tahu sumber dana jelas menunjukkan ia adalah pembohongan kerana menerusi akuan bersumpahnya sendiri, telah mengesahkan beliau tahu bahawa dana itu datang daripada SRC masuk ke akaun banknya.
“Perayu juga telah menggunakan RM42 juta untuk kegunaannya sendiri,” katanya ketika berhujah di hadapan lima panel diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Turut bersidang ialah empat panel hakim iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Sithambaram berkata, jejak aliran melalui GMSB and IPSB tidak mengubah sebarang fakta kerana ia sebenarnya adalah dana milik SRC yang kemudiannya dilencongkan ke dalam akaun Najib.
“Satu-satunya sebab logik ialah, ia dilakukan bagi mengelakkan dikesan dan ini disahkan melalui pemindahan yang dibuat pada hari yang sama tanpa alasan sah sebagai sebahagian daripada proses pelapisan yang sering digunakan oleh penjenayah,” katanya.
Ikuti perkembangan kes Najib Razak di sini
Selain itu Sithambaram berkata, sejak awal penubuhan SRC sehingga penerimaan RM42 juta dalam akaunnya, perayu sedar bahawa harta SRC telah diamanahkan kepadanya.
Katanya, perayu telah dengan sengaja menaikkan dirinya sebagai Penasihat Emeritus SRC berdasarkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Beliau berkata, ia diperkukuh lagi dengan fakta bahawa semua tindakan Lembaga Pengarah SRC adalah berdasarkan arahannya dalam minit pemegang saham yang dikeluarkannya melalui Kementerian Kewangan kerana kedudukannya sebagai Menteri Kewangan.
Prosiding bersambung dengan Sithambaram membaca hujahan seterusnya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 19 2022
Najib (tengah) tiba untuk pendengaran rayuan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan hari ini. - Foto BERNAMA
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Najib miliki kuasa penuh dalam SRC - Bekas pengarah
Bekas pengarah SRC International memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Najib mempunyai kuasa penuh untuk membuat semua keputusan dalam SRC.
AS$8.99 juta diterima BVI dikawal sekutu Jho Low - Saksi
Seorang penyelesai hutang (liquidator) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bayaran AS$8.99 juta diterima syarikat Blackstone Real Asia Estate Partners Ltd (BVI) dikawal oleh sekutu Jho Low.
Tiada temu bual terhadap Pengarah SRC atas urus niaga syarikat - Saksi
Penyelesai hutang bagi SRC BVI memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dia tidak menemu bual mana-mana pengarah SRC International berkaitan urus niaga syarikat itu.
AS$120 juta pinjaman KWAP kepada SRC masuk ke akaun peribadi Najib - Saksi
Datuk Seri Najib Tun Razak menerima AS$120 juta daripada hasil pinjaman KWAP kepada SRC International Sdn Bhd antara Dis 2011 hingga Mei 2012, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Bekas pengurusan kanan bank BSI mengaku tidak semak dakwaan Jho Low
Bekas pengurusan kanan bank BSI mendedahkan pihak bank tidak pernah melakukan semakan untuk mengesahkan Jho Low bertindak bagi pihak Najib berkaitan hal ehwal SRC International.
SRC mangsa penipuan berskala besar yang didalangi Najib - Peguam
Peguam utama SRC International Datuk Lim Chee Wee berkata Najib melakukan kesalahan ini melalui pelbagai jawatan awam yang dipegang beliau.
Najib akan mohon pengampunan kali kedua - Shafee
Peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan permohonan itu dibuat disebabkan anak guamnya tidak mendapat keadilan ketika perbicaraan dan proses Lembaga Pengampunan.
Kes Najib: Perlu pendekatan proaktif dari segi komunikasi - Penganalisis
Rozhan Othman berpendapat, kelemahan komunikasi ini menyebabkan timbul bermacam pandangan berhubung perkara tersebut.
Najib hanya terima belas ihsan, bukan pengampunan penuh - Prof Shamrahayu
Lembaga Pengampunan bukanlah satu badan yang berperanan seperti mahkamah, tetapi lebih kepada memberikan belas kasihan atau belas ihsan kepada pesalah.
Hukuman Najib turun kepada 6 tahun, denda RM50 juta
Hukuman penjara bekas Perdana Menteri itu dikurangkan daripada 12 tahun ke 6 tahun, dan denda terhadapnya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.