awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rayuan SRC: Hisyam mohon penangguhan rayuan, tegas undur diri wakili Najib jika ia ditolak

Firdaus Azil
Firdaus Azil
18/08/2022
02:18 MYT
Rayuan SRC: Hisyam mohon penangguhan rayuan, tegas undur diri wakili Najib jika ia ditolak
Menurut Hisyam (di awal prosiding), beliau dengan rendah hati memohon agar panel memberi lebih masa kepada pembelaan, dan jika permintaan itu tidak dipenuhi, dia tiada jalan lain memohon untuk mengecualikan diri daripada pembelaan. - fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Ketua pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak, Hisyam Teh Poh Teik sekali lagi mencuba untuk memohon panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat untuk menangguhkan rayuan akhir melibatkan bekas Perdana Menteri itu.
Di awal prosiding, Hisyam berkata, beliau dengan rendah hati memohon agar panel memberi lebih masa kepada pembelaan, dan jika permintaan itu tidak dipenuhi, beliau tiada jalan lain selain memohon untuk mengecualikan diri daripada pembelaan.
Namun Tengku Maimun berkata, panel lima hakim sudah membuat keputusan pada Selasa lepas bahawa permohonan menangguhkan rayuan itu telah ditolak.
Tegas Ketua Hakim lagi, mahkamah mempunyai mandat dan tanggungjawab untuk melaksanakan keadilan bagi semua pihak, dan menyoal Hisyam sekiranya beliau benar-benar ingin membiarkan anak guamnya tidak diwakili dalam rayuan.
BACA SEMUA BERHUBUNG KES SRC INTERNATIONAL DI SINI
Biarpun Tengku Maimun berkata mahkamah mempunyai keyakinan terhadap Hisyam untuk urusan pembelaan, bagaimanapun peguam itu seakan-akan tidak mahu berganjak daripada pendiriannya.
Sehubungan itu Tengku Maimun memerintahkan mahkamah untuk berehat seketika.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#kes SRC International Sdn Bhd
#Hisyam Teh Poh Teik
#Tun Tengku Maimum Tuan Mat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan