awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mengenai ‘hari bahagia’ dengan Bella Astillah, ini jawapan Syed Saddiq: "Soal ini adalah antara dua keluarga”
Leona rasa sudah tiba masa berumah tangga, doa agar jumpa jodoh tahun depan - “Ramai kawan dah kahwin, saya cemburu”
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rayuan SRC: Najib lepaskan peguam cara Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners

Firdaus Azil
Firdaus Azil
19/08/2022
02:20 MYT
Rayuan SRC: Najib lepaskan peguam cara Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners
Najib (tengah), Hisyam (kiri) dan Zaid (kanan) ketika sidang media di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, 16 Ogos 2022. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi pelepasan kepada peguam caranya dalam rayuan utama berhubung dana penyelewengan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, Mahkamah Persekutuan dimaklumkan hari ini.
Ketua pembelaan Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan perkara itu kepada panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, sebelum hari kedua prosiding rayuan diteruskan pagi ini.
Pasukan peguam cara berkenaan terdiri daripada peguam dari firma Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners.
“Pasukan peguam cara telah dilepaskan oleh perayu (Najib),” katanya ringkas kepada panel lima hakim tersebut.
Tengku Maimun kemudian mengarahkan ketua pendakwaan Datuk V Sithambaram meneruskan hujahan lisan.
Selain Hisyam, Najib sebelum ini turut diwakili Datuk Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavaranam, dari firma Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners.
BACA: Pendakwaan sambung hujah dalam rayuan kes SRC Najib
Hari ini merupakan hari kedua rayuan itu didengar di hadapan panel yang turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd.
Semalam, mahkamah menolak permohonan peguam Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mewakili Najib dan memerintahkan pihak pendakwaan untuk membentangkan penghujahan.
Pada 28 Julai 2020, Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan setiap tiga pertuduhan pengubahan wang haram, dan penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (jika gagal bayar, penjara lima tahun) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda.
Topic Berkaitan
#SRC International
#Najib Razak
#Hisyam Teh Poh Teik
#Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan