PUTRAJAYA: Permohonan untuk mengecualikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dari prosiding rayuan berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd telah difailkan pada Isnin.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Persekutuan mengenai perkara itu pagi ini.
Selain itu, pembelaan juga telah membuat keputusan untuk memberi hujah balas kepada hujahan Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V Sithambaram, berhubung apa yang perlu mahkamah lakukan jika pembelaan enggan memfailkan hujahan lisan atau bertulis.
Tengku Maimun kemudian memutuskan agar perkara kedua didengari dahulu sebelum pihak Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan menyediakan dokumen berkaitan permohonan mengecualikan beliau dari mendengar rayuan kes Najib.
Mengikut dokumen permohonan yang diperoleh Astro AWANI, sekiranya relif diberikan terhadap permohonan tersebut, perayu memohon untuk satu sidang dan satu panel baharu Mahkamah Persekutuan ditetapkan bagi mendengar rayuan utama.
Dalam dokumen afidavit susulan, Najib berkata, permohonan itu bukan dibuat untuk mengaibkan Mahkamah (terutama sekali Pengerusi Panel), dan prosiding-prosiding yang sedang berlangsung namun dibuat di dalam kepentingan melindungi kebebasan badan kehakiman.
Lebih-lebih lagi, jelas Ahli Parlimen Pekan itu, badan kehakiman sentiasa menjaga penuh reputasinya terhadap pandangan awam.
“Saya sesungguhnya percaya bahawa individu yang bernama Zamani Ibrahim adalah suami kepada Yang Amat Arif Tengku Maimun, yang merupakan pengerusi panel hakim yang kini sedang mendengar rayuan akhir saya dalam kes SRC di Mahkamah Persekutuan.
“Saya sesungguhnya percaya bahawa perkembangan-perkembangan baharu ini sungguh membimbangkan dalam mengambil kira fakta bahawa Zamani jelas mempunyai pandangan yang negatif terhadap kepimpinan saya terhadap negara ini sebagai seorang perdana menteri dan telah menyimpulkan bahawa saya telah menyalur keluar dana-dana harta negara ke dalam akaun akaun peribadi saya,” katanya lagi.
Oleh kerana Zamani merupakan suami pengerusi panel hakim prosing itu, Najib berkata, beliau khuatir Zamani akan mempengaruhi pemikiran Tengku Maimun berhubung tuduhan yang sedang dihadapinya.
“Saya selanjutnya menyatakan bahawa oleh kerana sifat hubungan suami-isteri mereka, adalah berkemungkinan bahawa pemikiran pengerusi yang bijaksana mungkin telah terkesan tanpa disedari olehnya melalui sentimen-sentimen suami Yang Amat Arif Ketua Hakim terhadap saya.
“Berdasarkan perkara-perkara di atas, sebarang dapatan-dapatan diperolehi oleh Mahkamah Yang Mulia ini terhadap saya akan diragui, di mana pemerhati termaklum dan berfikiran adil (informed and fair-minded observer) akan berpendapat bahawa keputusan-keputusan yang tercapai adalah tercemar dengan bias dan pandangan awam terhadap kebebasan badan kehakiman akan diragu,” katanya lagi.
Najib berkata, beliau membuat permohonan tersebut selepas beberapa rayuan sebelum ini, termasuk memasukkan bukti baharu berkenaan Hakim Bicara (Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali), permohonan mendapatkan khidmat Peguam Kanan United Kingdom Jonathan Laidlaw, serta rayuan menangguhkan perbicaraan ditolak sebelum ini.
Ketika ini, Tengku Maimun mengarahkan mahkamah untuk berehat seketika sementara menunggu Pejabat Ketua Pendaftar menyiapkan dokumen permohonan itu (recusal), dan diserahkan kepada panel lima hakim.
Selain Tengku Maimun, panel itu dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Tengku Abang Iskandar Abang Hashim, serta Hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd.
Firdaus Azil
Tue Aug 23 2022

Hisyam (kanan) dan Sithambaram dilihat di luar mahkamah di Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Verstappen tewaskan McLaren, menangi F1 Grand Prix Emilia Romagna
Juara bertahan empat kali, Max Verstappen menewaskan dua pelumba pasukan McLaren untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) keduanya musim ini di Grand Prix Emilia Romagna di Itali pada Sabtu.

Perasmian sayap PKR: 'Surat hanya kepada Anwar dan Fuziah, macam mana boleh bocor?' - Rafizi
Rafizi berkata, perkara itu sepatutnya tidak didedahkan, dan beliau mempersoalkan bagaimana perkara sulit seperti itu boleh menjadi pengetahuan umum.
Tumpuan Isnin – 19 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Mei 2025.

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan tertinggi
Gunung Lewotobi di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus beberapa kali pada Ahad.

Misi satelit ke-101 Agensi Angkasa Lepas India gagal
Agensi Angkasa Lepas India mengalami kegagalan dalam misi pentingnya apabila satelit pemerhatian Bumi di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Kutub (PSLV) hilang sejurus selepas pelancaran pada Ahad.
Pelancaran satelit pemerhatian bumi India gagal
Agensi Angkasa Lepas India (ISRO) gagal menghantar satelit pemerhatian bumi ke orbit selepas tekanan dalam kebuk enjin pada peringkat ketiga pelancaran roket menurun secara mendadak.
Trump minta Fed potong kadar faedah segera, bukan kemudian
Rizab Persekutuan AS (Fed) diseru Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump agar segera menurunkan kadar faedah sambil mengkritik pengerusinya, Jerome Powell, yang menurutnya sering bertindak lambat dan mungkin mensia-siakan peluang sekali lagi.
Ibu kebumi anak lelaki terkena serangan udara di Khan Younis
Seorang wanita mengebumikan anak lelakinya pada Ahad setelah terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah pelarian di al-Mawasi, Khan Younis, Gaza, malam tadi.

Lumba haram: 10 warga Malaysia didenda di Hat Yai
Sepuluh pelancong Malaysia dikenakan denda oleh polis Thailand atas kesalahan memandu secara berbahaya di Daerah Hat Yai pada Jumaat lepas.

Majoriti rakyat Malaysia tolak permohonan pengampunan diraja Najib Razak - Tinjauan
Tinjauan mendapati bahawa 57.8% responden percaya bahawa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang disabitkan kesalahan tidak sepatutnya diberikan pengampunan bagi hukuman penjara.

1MDB: Pembelaan Najib tutup kes, mahkamah tetap 21 Okt untuk dengar hujah
Tan Sri Muhammad Shafee memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi selepas memanggil saksi terakhirnya pakar forensik dokumen Tay Eue Kam.

Kes SRC: AGC mohon lanjutan sebulan untuk putuskan representasi Najib
AGCbelum membuat keputusan berhubung representasi Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan SRC International.

Dapatan tidak konklusif, pakar forensik gagal tentukan kesahihan tandatangan Najib
Mahkamah Tinggi diberitahu terdapat beberapa persamaan dan perbezaan pada tandatangan didakwa milik Najib dalam dokumen berkaitan 1MDB.

Titah Adendum: Soalan dikemuka AG isu kepentingan awam - Mahkamah
Mahkamah Persekutuan memutuskan tujuh soalan yang dikemukakan Peguam Negara dalam kes melibatkan dokumen tambahan Najib, adalah isu kepentingan awam yang perlu dibincangkan di mahkamah.

Titah Adendum: Peguam Negara dibenar merayu keputusan Mahkamah Rayuan
Mahkamah berpuas hati persoalan undang-undang yang dikemukakan dengan menyentuh isu kepentingan awam.

Titah Adendum: Permohonan Peguam Negara untuk dibenar merayu diputus hari ini
Keputusan permohonan kebenaran itu akan diputuskan oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya.

Dokumen tambahan Najib: Mahkamah Persekutuan putuskan permohonan Peguam Negara esok
Panel tiga hakim iaitu Ketua Hakim Malaya, Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan dijadualkan menyampaikan keputusan pada pukul 9 pagi esok.

Roger Ng beritahu mahkamah dia kenal Jho Low sejak penubuhan TIA pada 2009
Ng disabitkan kesalahan di New York pada 2013 kerana membantu dalam penyelewengan dana 1MDB dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.

1MDB: Mahkamah putuskan Roger Ng layak memberi keterangan dalam kes Najib
Mahkamah Tinggi putuskan Roger Ng Chong Wa, boleh tampil sebagai saksi pada perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1MDB.