KUALA LUMPUR: Rayuan kepada Kerajaan Arab Saudi bagi meningkatkan kuota haji untuk Malaysia tahun ini perlu mengambil kira beberapa perkara termasuk urusan penerbangan dan pengurusan logistik di Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.
Beliau berkata kuota sebanyak 14,306 atau 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima Malaysia kini juga akan mengutamakan jemaah yang disenaraikan untuk menunaikan ibadah itu pada tahun 2020 dan 2021.
"Kita cuba bincang dengan Tabung Haji. Kita ada cadangan untuk (membuat) rayuan, tapi pihak Tabung Haji menyebut tentang penerbangan, nanti lewat sangat (penerbangan terakhir). Penerbangan paling awal mungkin pada 31 Mei ini.
'Kedua dari segi logistik di sana untuk mendapatkan tempat dan mendapatkan bas, perkara-perkara seperti itu yang perlu dilihat terutama dari segi tempat wukuf (Arafah) dan (ibadah melontar jamrah) di Mina," katanya selepas menghadiri Program Ruang Bicara, Bernama TV di Wisma Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, peningkatan kuota akan menyebabkan ketidakselesaan kepada jemaah yang sedia ada.
Pada 21 April lepas, beliau mengumumkan seramai 14,306 jemaah haji dari Malaysia dibenarkan mengerjakan haji tahun ini iaitu 45 peratus daripada kuota biasa yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi.
Jumlah kuota itu menyaksikan penyusutan bilangan jemaah haji Malaysia berbanding 31,600 jemaah sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 26 2022
Idris berkata, peningkatan kuota akan menyebabkan ketidakselesaan kepada jemaah yang sedia ada. - Gambar fail
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.
TH sangkal dakwaan agih kuota haji kepada PJH
Kuota haji berjumlah 31,600 yang telah diberikan kerajaan Arab Saudi adalah mengikut sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep "Mendaftar Dahulu, Didahulukan".
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Januari 2024.
Kuota haji Malaysia 2024 sebanyak 31,600 orang jemaah
Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang jemaah.
Malaysia hasrat tambah kuota haji tahun hadapan - Menteri Agama
Malaysia telah menyampaikan hasrat kepada Arab Saudi untuk mendapatkan tambahan kuota haji kepada 31,950 pada tahun hadapan selaras dengan pertambahan jumlah penduduk negara.
Tiada had usia, kuota haji kembali normal - Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Jumlah jemaah haji luar negara diumum kembali seperti sebelum pandemik COVID-19 dan tanpa sebarang had usia.
Tiada kuota haji VIP seperti didakwa - Ahmad Marzuk
Tiada pengkhususan kouta bagi jemaah orang kenamaan (VIP), kerana ia hanya berdasarkan sistem pendaftaran dan senarai kuota.
PM terima kunjungan sulung Menteri Luar Arab Saudi, bincang kerjasama dua hala
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan sulung Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan pada Rabu.
Malaysia masih tunggu keputusan rayuan kuota haji tambahan - Idris
Malaysia masih menunggu keputusan kerajaan Arab Saudi berhubung rayuan negara ini untuk diberi kuota tambahan 5,000 jemaah bagi menunaikan haji musim 2022.
Malaysia mohon 5,000 tambahan kuota haji - Idris
Malaysia memohon sebanyak 5,000 tambahan kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.