PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 15 Nov untuk mendengar rayuan oleh seorang individu bagi mengembalikan semula samannya berhubung penarikan balik permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan Batu Puteh.
Pada hari yang sama juga, mahkamah akan mendengar rayuan Mohd Hatta Sanuri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Jan tahun lepas yang membenarkan permohonan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia bagi perintah perlindungan supaya dokumen dalam saman itu tidak didedahkan kepada pihak yang tidak terlibat dalam kes tersebut.
Timbalan Ketua Bahagian Sivil II Jabatan Peguam Negara Shamsul Bolhassan semasa dihubungi Bernama mengesahkan tarikh berkenaan.
Pihak-pihak yang terlibat juga dikehendaki mengemukakan hujah masing-masing pada 18 Okt dan hujah balas pada 31 Okt. Satu lagi pengurusan kes ditetapkan pada 1 Nov.
Tarikh itu ditetapkan berikutan pengurusan kes yang diadakan semalam di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norshakinah Ahmad Kamarudin.
Pada 1 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman Mohd Hatta selepas membenarkan permohonan Perdana Menteri dan kerajaan.
Hakim Mahkamah Tinggi Hayatul Akmal Abdul Aziz semasa membenarkan permohonan itu berkata perkara tersebut tidak boleh diadili dan Mohd Hatta Sanuri juga tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk membawa tindakan undang-undang terhadap defendan (Perdana Menteri dan kerajaan).
Pada 2018, Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan ICJ sebelum kes itu dijadualkan didengar pada 11 Jun 2018.
Pada 28 Mei 2021, Mohd Hatta, memfailkan tindakan saman itu mewakili dirinya dan lebih 32 juta rakyat Malaysia yang didakwa terkesan dengan penarikan balik semakan semula keputusan ICJ oleh kedua-dua defendan tanpa membincangkan dan membentangkannya terlebih dahulu di Parlimen.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Hatta memohon perintah supaya defendan memberi penjelasan bertulis mengapa mereka menarik diri daripada semakan semula keputusan ICJ dengan tuntutan Batu Puteh terhadap Singapura pada 1 Jun 2018 sedangkan ia telah dimulakan dan difailkan sejak 3 Feb 2017.
Beliau turut memohon deklarasi bahawa kedua-dua defendan membayar ganti rugi kepada setiap rakyat Malaysia berdasarkan nilai tanah Batu Puteh dan berdasarkan kerugian ekonomi yang dialami seluruh rakyat Malaysia termasuk plaintif secara sama rata berjumlah paling kurang RM10 juta.
Turut dimohon perintah supaya kedua-dua defendan mendedahkan secara terperinci jumlah semua kos yang telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk persediaan permohonan semakan semula keputusan ICJ pada 3 Feb 2017 sehingga tarikh mereka menarik diri secara tiba-tiba pada 1 Jun 2018.
Semasa Mohd Hatta memfailkan saman itu, jawatan perdana menteri disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun, selepas beliau berundur, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai perdana menteri kesembilan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023
Mahkamah Rayuan menetapkan 15 Nov untuk mendengar rayuan oleh seorang individu bagi mengembalikan semula samannya berhubung penarikan balik permohonan semakan semula keputusan ICJ berhubung tuntutan Batu Puteh. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.
Rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman didengar pada 18 Julai ini
Peguam Emile Ezra Md Hussain, yang mewakili Peter, 53, mengesahkan perkara itu.
Tunggakan cukai: Mahkamah batal rayuan Muhammad Shafee fail tuntutan balas
Panel tiga hakim memutuskan bahawa rayuan Muhammad Shafee tidak kompeten kerana perkara itu tidak boleh dirayu di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman.
Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad 6 Mac
Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Mac untuk keputusan rayuan Tan Sri Mohd Isa Samad terhadap sabitan, hukuman penjara enam tahun dan denda bagi kesalahan rasuah.
Rayuan pemuda disabitkan kesalahan bunuh dalam kebakaran pusat tahfiz didengar 21 Feb
Ia berhubung sabitan kesalahan membunuh 23 orang dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017.
Kerajaan dan NFCorp tidak rayu keputusan Mahkamah Tinggi
Perkara itu disahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan yang mewakili kerajaan.
Penjawat awam disabit kesalahan pandu secara cuai dapat kebenaran merayu
Wanita itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bersalah atas kesalahan memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian.
Penjara 12 tahun, rayuan Siti Bainun didengar hari ini
Semakan laman web mahkamah mendapati, prosiding akan didengar di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin.
Rayuan bekas presiden Perancis Sarkozy terhadap sabitan penjara setahun bermula di Paris
Rayuan bekas presiden Perancis Nicolas Sarkozy terhadap sabitan penjara setahun ke atasnya pada 2021 atas pertuduhan pembiayaan haram semasa pilihan raya bermula pada Rabu.