DREBAR
Raza Premium Auto bawa pengalaman pemilikan terbaik BMW ke Kelantan

BMW Group Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Raza Premium Auto sebagai pengedar BMW terbaharu di dalam negara. Terletak di Kelantan, pengedaran BMW terbaharu itu bakal menyediakan perkhidmatan penuh BMW Group (jualan, servis, sistem dan alat ganti) kepada para pelanggan di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia.
Berucap pada majlis pembukaannya, pengarah urusan & pengedar prinsipal Raza Premium Auto, Dato’ Seri Haji Abdul Razak berkata, “Memandangkan BMW adalah peneraju dalam segmen automotif premium, kami di Raza Premium Auto akan disokong oleh hanya yang terbaik dalam menawarkan kenderaan premium kepada para pelanggan di seluruh negeri Kelantan.”
Melibatkan ruang keseluruhan seluas 7,800 kaki persegi, Raza Premium Auto mampu menawarkan semua perkhidmatan BMW 4S kepada para pelanggannya di negeri Kelantan. Ia menyediakan ruang jualan serta pameran yang boleh menempatkan sehingga 3 buah kenderaan, 2 hingga 3 unit kenderaan untuk pandu uji, empat ruang penyelenggaraan, sebuah lounge bagi kegunaan pelanggan, Isetta Bar, bilik-bilik mesyuarat dan perbincangan.
Raza Premium Auto BMW 4S terletak di Lot 493 & 183, Jalan Kuala Krai, Seksyen 20, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi BMW Voice di talian 1 800 88 3000, Raza Premium Auto di nombor: +609-744 5333 atau layari laman web: www.bmw.com.my.