awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
“Kalau tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia" - Agong
Lelaki ugut bapa mentua guna pedang samurai ditahan
Titah Agong pada Istiadat Pembukaan Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Razakan pernah pesan supaya dikebumikan di kampungnya di Tuaran

Bernama
Bernama
05/04/2015
23:43 MYT
Razakan pernah pesan supaya dikebumikan di kampungnya di Tuaran
Jenazah Allahyarham Razakan dibawa ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang dan diterbangkan ke Tuaran, Sabah untuk dikebumikan di kampung halamannya pada Ahad. - Gambar Fail
"Arwah pernah berpesan pada isteri supaya jenazahnya dikebumikan di kampung halaman beliau di Tuaran, Sabah sebelum kejadian," kata saudara terdekat Allahyarham Razakan Seran, 31, seorang daripada mangsa nahas helikopter di Semenyih semalam.
Saudara arwah yang mahu dikenali sebagai Yati, 43, berkata pesan arwah untuk dikebumikan di sana adalah supaya dua anaknya yang berusia enam dan setahun enam bulan senang melihat pusara ayah mereka apabila mereka besar nanti.
"Razakan yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas sudah dua tahun berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada arwah Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.
"Kali terakhir saya jumpa Razakan beberapa hari lalu dan dia seorang yang pendiam," katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Bukit Aman di sini, pada Ahad. BERITA BERKATAN: Ibu tidak sangka Razakan berada di dalam helikopter
Terdahulu, jenazah arwah disembahyangkan di Masjid Bukit Aman pukul 1.15 tengah Aha, dihadiri ahli keluarga terdekat dan juga sahabat handai.
Sejurus selepas itu, jenazah Allahyarham Razakan dibawa ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang dan diterbangkan ke Tuaran, Sabah untuk dikebumikan di kampung halamannya.
Nahas pada pukul 4.55 petang Sabtu di Kampung Sungai Pening, Semenyih, mengorbankan enam nyawa. Selain Razakan dan Jamaluddin, yang merupakan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), turut sama berada dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias; juruterbang, Kapten Clifford William Fournier; Pembantu Operasi helikopter, Aidana Baizieva, dan ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang.
GALERI FOTO: Rentetan nahas helikopter awam di Semenyih
GALERI FOTO: Di lokasi nahas helikopter awam terhempas di Semenyih
Topic Berkaitan
#nahas helikopter
#Razakan Seran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan