GADGETS

Razer gantung jualan komputer riba di Amerika Syarikat

Amanz 09/04/2025 | 05:40 MYT
Jualan Razer hanya digantung di Amerika Syarikat sahaja pada ketika ini, dengan pasaran lain tidak terjejas. -Amanz
TARIF Trump yang melampau minggu lalu kini mengorbankan Razer, dengan syarikat komputer Singapura ini telah menggantung semua jualan dan pratempahan untuk komputer riba di Amerika Syarikat (AS).


Ringkasan AI
  • Tarif Trump menyebabkan Razer menggantung semua jualan dan pratempahan komputer riba di Amerika Syarikat.
  • Laman konfigurasi komputer riba baharu seperti Blade 16 tidak lagi boleh diakses, hanya menunjukkan butang notifikasi.
  • Penggantungan jualan ini berkait rapat dengan tarif 104% ke atas China dan 32% ke atas Taiwan, di mana Razer mengeluarkan produk mereka.


Laman konfigurasi komputer riba baharu seperti Blade 16 kini tidak lagi boleh diakses. Sebaliknya, laman hanya menunjukkan butang untuk menghantar notifikasi kepada pelanggan yang ingin membelinya sahaja.

Pada waktu ini, laman Razer Amerika Syarikat hanya menjual aksesori dan skin untuk pelbagai peranti.

Aksesori baharu seperti tempat meletak komputer riba yang dilancarkan semalam juga tidak menyatakan bila ia akan dijual di Amerika Syarikat.

Jualan hanya digantung di Amerika Syarikat sahaja pada ketika ini, dengan pasaran lain tidak terjejas.

Penggantungan jualan ini berkait rapat dengan tarif 104% ke atas China yang diumumkan oleh Trump lewat malam tadi, dan Taiwan pula dikenakan tarif 32%.

Razer mengeluarkan produk mereka di kedua-dua negara ini walaupun mereka berpangkalan di Singapura. -Amanz






#tarif Trump #Singapura #razer #gantung semua jualan dan pratempahan #Amerika Syarikat