Skip to main content

Malaysia

RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas Pengerusi TH, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan

81770371560_TBSPRM.jpg
SPRM memaklumkan kedua-dua individu lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira 4 petang tadi ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. - Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi membantu siasatan berhubung isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji. 

SPRM dalam hantaran menerusi media sosial TikTok rasmi agensi itu memaklumkan kedua-dua individu lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira 4 petang tadi ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman esok,” menurut hantaran itu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Pada 15 Ogos lepas, SPRM telah menahan tujuh individu terdiri daripada seorang ketua pegawai eksekutif (CEO), seorang pengarah syarikat, seorang bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan TH.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement