Saksi ketiga pada keterangan awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis akui tidak jelas tentang prosedur operasi standard (SOP) pengendalian tahanan dan barangan kes rampasan.
Pengakuan di hadapan tujuh panel RCI tersebut dibuat Inspektor Mossadique Azni, yang mengetuai tinjauan di kem penempatan sementara di Bukit Wang Burma, Wang Kelian.
Selain perlu mengendalikan enam individu yang ditahan dalam tinjauan yang bertukar menjadi serbuan, Mossadique juga gagal menyediakan dokumen serah terima barang kes.
Pegawai pengendali, Khairul Anuar Abd Halim bertanya: “Adakah anda bersetuju bahawa tidak ada SOP yang jelas mengenai hal ini (pengurusan tahanan dan barangan rampasan)?”
Jawab Mossadique: “Ya. Saya setuju.”
Beliau pada ketika itu yang merupakan Komander Platun 5, Kompani B, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat tinjauan bersama sembilan yang lain di kawasan Bukit Wang Burma selepas anggotanya memaklumkan berkenaan penemuan kem penempatan sementara di situ.
“Saya kemudian naik ke Bukit Wang Burma bersama sembilan anggota yang lain. Sewaktu berbincang bersama Sarjan Yusof Islam Hassan berkenaan tindakan selanjutnya, Koperal Mat Ten menjerit dengan mengatakan ’Tuan naik, orang dah lari’,” katanya.
BACA: Polis Orang Asli pertama temui kem penempatan sementara Wang Kelian
Antara barang yang dirampas adalah sebuah telefon bimbit, tiga kad sim, lesen memandu Thailand, pemain cakera padat, beberapa keping cakera padat dan sebuah buku nota bertulisan Thailand.
“Barangan rampasan itu saya simpan dalam bilik saya yang tidak berkunci selama seminggu sebelum diserahkan kepada ASP Azizie Mohd,” katanya.
Ditanya bilakah serahan barangan rampasan itu dibuat, Mossadique gagal mengingatinya.
Susulan itu, Mossadique dilontar dengan pelbagai soalan daripada panel termasuk berkenaan pengurusan barang rampasan, pengendalian tahanan dan pelbagai lagi.
Sementara itu, Azizie yang merupakan saksi keempat pada sesi keterangan awam hari ini memaklumkan bahawa serahan barang rampasan itu dibuat pada 28 Januari 2015 iaitu sembilan hari selepas serbuan itu berlaku.
Beliau yang ketika itu mengetuai cawangan tatatertib Batalion 3 PGA, diarahkan untuk menyimpan barangan rampasan tersebut oleh seorang pegawai yang dikenali sebagai Inspektor Shah dari Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar.
“Saya yang melapor diri di markas taktikal pada 28 Januari 2015 dan bertemu dengan Mossadique atas permintaan Inspektor Shah untuk mengambil barang rampasan tanpa rekod.
“Ini kerana saya boleh menyimpannya di dalam bilik saya yang berkunci dan mempunyai almari yang berkunci.
“Pada 29 Januari 2015, saya telah ke IPD Padang Besar dan menyerahkan barang rampasan bersekali dengan dokumen serah terima barang kepada Inspektor Shah,” katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Apr 17 2019
Saksi keempat, ASP Azizie Mohd (kiri) berbual bersama Koperal Mat Ten (tengah) dan Sjn Yusof Islam Hassan (kanan) selepas selesai hari pertama pendengaran awam RCI mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian. - Astro AWANI
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RCI Wang Kelian: Polis tidak jelas SOP kendali kes
Pengakuan tersebut dibuat Inspektor Mossadique Azni, yang mengetuai tinjauan di kem penempatan sementara di Bukit Wang Burma, Wang Kelian.