Susulan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mahukan tujuh peratus dari tempat letak kereta di premis-premis komersial dikhaskan kepada wanita, Astro Awani membuat tinjauan di sekitar Kuala Lumpur untuk mendapat reaksi warga tempatan.
Warga kota berbelah bagi tentang kemudahan ini:
Ana Baranano, 44, Pengarang majalah “HELLO!”
“Ia adalah satu keperluan terutama sekali jika ia berhampiran pintu utama. Ada beberapa kes keganasan terhadap wanita yang telah dilaporkan jadi ia adalah satu keperluan."
"Walaupun tiada tempat letak kereta wanita di sini (Bangsar Village) namun saya rasa selamat kerana ia kawasan terbuka. Ada kawasan letak kereta yang sunyi dan saya rasa tidak selamat. Saya akan cuba mendapat tempat kereta berhampiran pintu utama. Jika tidak, saya tidak akan meletakkan kenderaan saya di premis berkenaan.”
Noorazlinda Ahmad, 31, Pengurus Hartanah
"Ia harus diletakkan di pintu utama atau di tempat umum. Namun jika tempat letak kereta wanita diletakkan di kawasan yang sunyi, ia akan menjadi satu masalah."
Masnah Shamsuddin, 63, Suri Rumah
"Ia tidak akan memberi sebarang impak kerana mereka sepatutnya menambahkan pengawal keselamatan. Tempat letak kereta wanita akan menyenangkan penjenayah kerana mereka tahu kaum wanita ada disitu."
Gary Loo, 33, Pengurus Pembangunan Perniagaan
"Ia memerlukan pemantauan yang teliti. Ambil lebih pengawal keselamatan untuk memastikan hanya wanita sahaja yang menggunakan kemudahan ini. Ada ramai keluarga dan kaum lelaki dan ada kala mereka akan mengambil sahaja tempat letak kereta yang ada walaupun ia mungkin khusus untuk wanita."
Mohd Najmuddin Shamsuddin,49, Pegawai Kanan Perhubungan Awam
"Kalau apa-apa hendak berlaku dari segi keselamatan, ia tidak akan mengambil kira sama ada anda diiringi oleh anak-anak, saudara mara atau keseorangan. Pada saya apa yang lebih penting adalah keselamatan di tempat membeli belah tersebut."
Adi, 37, pemandu
"Saya rasa tidak perlu sebab sekarang ini wanita sama hebat dengan lelaki. Saya rasa tidak perlu untuk wanita mempunyai tempat letak kereta khas mereka."
Noor Azlan Mohamad Jamir, 34, pemandu
"Ini adalah untuk keselamatan wanita. Sekarang ini banyak kes wanita diragut jadi memang baguslah kerajaan membuat keputusan ini."
Syafique Shuib
Wed Jan 16 2013
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Perumahan baru di Lembah Pantai - Nong Chik
Penduduk di flat Sri Pahang dan Bukit Bangsar bakal menikmati perumahan baru sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai.
30,000 unit rumah dibina bagi kelas pertengahan dan bawah
Dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dilancarkan bagi membolehkan golongan isi rumah berpendapatan bulanan RM6,000 dan ke bawah memiliki kediaman sendiri.
Hasil kerja lebih penting daripada debat - Nong Chik
Tidak perlu berdebat sebaliknya ukur indeks pencapaian prestasi KPI sepanjang satu penggal memerintah Lembah Pantai.
Jangan lupa rasa sayang pada Wilayah Persekutuan
Warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diseru supaya tidak sesekali melupakan rasa sayang dan cinta terhadap Wilayah Persekutuan.
Peniaga pasar awam digesa tingkat kebersihan pasar
Peniaga pasar awam di tengah ibu kota digesa meningkatkan tahap kebersihan pasar agar dapat menjadi satu daripada tarikan pelancong asing dalam mengenali budaya masyarakat di negara ini.
Reaksi pelbagai bagi tempat letak kereta wanita
Warga kota memberi reaksi yang pelbagai setelah kerajaan mahukan 7% tempat letak kereta di premis komersial dikhaskan kepada wanita.
Kadar caj tempat letak kereta seragam di KL
DBKL memperkenalkan penyeragaman kadar caj bayaran tempat kereta mengikut kategori dan zon untuk warga kota.
7% tempat letak kereta untuk pemandu wanita
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata 7 peratus dari tempat letak kereta di premis-premis komersial perlu dikhaskan kepada wanita.
Kerajaan tidak akan bayar ganti rugi
Keputusan sama ada untuk merobohkan bangunan rumah yang terletak berhampiran dengan kawasan tanah runtuh di Puncak Setiawangsa
Projek pembangunan semula Bandar Tun Razak bermula pertengahan tahun
Projek pembangunan semula kawasan perumahan Bandar Tun Razak dijangka bermula pertengahan tahun ini.