MALAYSIA
Reaksi pengguna Twitter terhadap Manifesto PR
Pakatan Rakyat (PR) hari ini melancarkan manifesto bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" yang dibentangkan sebagai manifestasi perpaduan antara PKR, PAS dan DAP dalam menghadapi persaingan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Manifesto yang dicetak dalam enam bahasa ini akan diedarkan ke seluruh negara sebagai persiapan PR dalam menghadapi PRU-13.
Sempena pelancaran manifesto ini, rata-rata pengguna laman sosial Twitter meluahkan pandangan mereka sama ada orang awam mahupun ahli politik.