Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mengharamkan bantuan makanan oleh kumpulan NGO untuk golongan gelandangan atau lebih dikenali sebagai soup kitchen telah menarik perhatian warga pengguna media sosial.
Ini termasuk cadangan untuk mendenda pemberi dan peminta sedekah.
Ada dikalangan mereka yang bersetuju dengan pengumuman tersebut manakala terdapat juga yang memberikan reaksi berbeza.
Sesetengah berpendapat keadaan negara yang dipenuhi oleh ramai warga asing mencari rezeki, tidak seharusnya menjadi alasan untuk kumpulan itu terus mengemis manakala ada yang menghulurkan rasa simpati terhadap mereka.
Berikut adalah beberapa reaksi dikongsi oleh pembaca Astro AWANI menerusi laman sosial Facebook-nya:
Roslan Rashid: Adakalanya saya rasa hairan bagaimana jutaan warga Bangladesh dan Indonesia mampu hidup di negara ini. Mereka anggap Malaysia negara punca rezeki. Yang penting usah malas.
Mad Gocha: Kurangkan pekerja asing di Malaysia. Contohnya, kilang-kilang dan perindustrian banyak orang luar dari Nepal, Bangladesh, Indonesia dan faktor gaji adalah punca utama. Kena selaras ikut keadaan semasa.”
Rajab Mohd Aris: Zaman sekarang, perbelanjaan terlalu tinggi. Barang-barang semua mahal. Sewa rumah pun mahal. Kahwin pun mahal. Apakah tindakan kerajaan?”
Md Sabri: Mereka (pengemis) seolah-olah penjaga bangunan, namun hakikatnya mereka adalah seperti pengemis keletihan yang terpaksa berehat untuk mengumpul tenaga baru untuk keesokkan hari.
Muhammad Zahirudin Tahgudin: Tegas dan buat hukum hudud.
Redza Tky: Berikanlah pertolongan kepada mereka. Sesungguhnya, mereka juga manusia seperti kita.
Najihah Najwa: Semoga berjaya Ku. Saya tahu ia satu tindakan berat tetapi sesetengah mereka mengambil kesempatan atas sifat terlalu baik. teruskan usaha baik anda!
Fredolin Cuthbert: Saya tetap akan bagi sedekah pada pengemis kalau betul dia susah. Walaupun saya akan disaman akan tetapi saya puas hati.
Malien Ah Chong: “Orang kaya makin kaya orang miskin makin ditindas. Hidup umpama roda. Hari ini kamu berdiri tegak mungkin satu hari kamu akan terbaring.”
Si Pungguk: “Kebanyakkan yang pungut sedekah itu bukannya susah sangat. Ada sindiket di belakang mereka. Sindiket itu yang kaya raya.”
Ariff Zaidi: “Kalau kita tidak mahu buat kebaikanjanganlah halang orang lain yang hendak buat kebaikan.”
Matjay Abdrahman: “Buatlah macam Amerika bagi gaji pada mereka yang tidak berpendapatan.”
Amir Amir: “Masalahnya perlu dikaji balik. Ini tidak, terus denda dan ambil tindakan. Lebih baik jika dihantar ke tempat kebajikan.”
Encik GOku: “Nak bagi sedekah pun jadi isu. Hai, dunia akhir zaman.”
Pada Khamis, Tengku Adnan mengarahkan pengendali soup kitchen supaya tidak beroperasi dalam lingkungan dua km dari Lot 10, Bukit Bintang. Beliau berkata, NGO akan disaman jika mengedarkan makanan di dalam 2 km radius itu.
Dalam sebuah temu bual dengan Astro AWANI beliau berkata NGO ini bagaimanapun masih dibenarkan untuk menyediakan makanan di luar radius 2-km (di luar Lot 10), atau dalam sebuah surau atau kuil.
Ku Nan berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Dewan Bandaraya untuk mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk pengedaran makanan supaya NGO boleh meneruskan kerja sukarela mereka.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa dengan adanya makanan percuma ini, pengemis yang kebanyakannya diberikan pekerjaan lebih suka untuk kembali mengemis.