awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
SPRM mulakan siasatan dakwaan transaksi wang akaun pegawai kanan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reaktor Iron Man akan dibina di AS menggunakan pelakuran nuklear

Amanz
Amanz
25/12/2024
06:00 MYT
Reaktor Iron Man akan dibina di AS menggunakan pelakuran nuklear
Reaktor ARC (Affordable, Robust, Compact) akan dibina di Virginia, Amerika Syarikat (AS) bagi membekalkan tenaga elektrik bersih hampir tanpa had. -Amanz
DALAM Dunia Sinematik Marvel (MCU), reaktor Arc membekalkan kuasa hampir tiada had kepada baju zirah Iron Man.

Ringkasan AI
  • Reaktor ARC (Affordable, Robust, Compact) akan dibina di Virginia, AS, untuk membekalkan tenaga elektrik bersih hampir tanpa had menggunakan bahan api deuterium dan tritium yang menghasilkan helium dan neutron tanpa sisa radioaktif.
  • Commonwealth Fusion Systems (CFS) sedang membina tokamak SPARC yang akan menjadi kebuk pelakuran nuklear pada suhu lebih panas daripada matahari, dengan teknologi dari Massachusetts Institute of Technology (MIT).
  • Reaktor ini dijangka beroperasi menjelang awal 2030an dan menjana 400 megawatt tenaga.
  • Selain AS, negara seperti China, Korea Selatan, dan EU juga sedang membangunkan teknologi tokamak masing-masing. Bahan api sebesar 1 gram mampu menghasilkan tenaga yang sama dengan 10 ton arang batu tanpa pelepasan karbon.

Teknologi kiub Tesseract dihasilkan semula bagi membekalkan kuasa walaupun reaktor hanya sebesar telapak tangan Tony Stark.
Di dunia sebenar, reaktor ARC (Affordable, Robust, Compact) akan dibina di Virginia, Amerika Syarikat (AS) bagi membekalkan tenaga elektrik bersih hampir tanpa had.
Bahan api deuterium dan tritium akan dilakurkan bagi menghasilkan tenaga yang bersih dengan hanya helium dan neutron sebagai bahan sampingan tanpa sisa radioaktif yang berbahasa.
CFS kini sedang membina tokamak SPARC yang akan menjadi kebuk pelakuran nuklear pada suhu lebih panas daripada matahari dilakukan.
Reaktor akan dibina oleh firma Commonwealth Fusion Systems (CFS) berasaskan teknologi pelakuran nuklear yang dibangunkan oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT).
Apabila beroperasi menjelang awal 2030an, ia akan menjana tenaga sebanyak 400 megawatt.
Kuasa elektrik dijana menggunakan pelakuran nuklear telahpun berjaya dilakukan oleh saintis Jabatan Tenaga Amerika Syarikat pada tahun 2022.
Selain AS, China, Korea Selatan dan EU juga sedang giat membangunkan teknologi tokamak masing-masing.
Bahan api sebesar 1 gram mampu menghasilkan tenaga yang sama dengan 10 ton arang batu tetapi tanpa pelepasan karbon. -Amanz
Topic Berkaitan
#Reaktor ARC
#tenaga elektrik bersih
#helium dan neutron
#SPARC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan