awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
Sekatan ekonomi bukan halangan Iran perluas dagang dengan Malaysia - Duta Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo

Amanz
Amanz
06/02/2026
05:30 MYT
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Realme diserap semula ke dalam Oppo pada awal Januari, menjadi subjenama seperti OnePlus. -Foto Amanz
REALME telah diserap semula ke dalam Oppo pada awal Januari, menjadikannya subjenama syarikat itu sebagaimana kedudukan OnePlus.

Ringkasan AI
  • Realme diserap semula ke dalam Oppo pada awal Januari, menjadi subjenama seperti OnePlus.
  • Langkah ini merupakan sebahagian daripada penyusunan semula dalaman Oppo untuk menyatukan beberapa jenama di bawah satu ekosistem, menyebabkan pembuangan pekerja di Realme India.
  • Walaupun integrasi ini berlaku, sokongan terhadap peranti Realme dijangka diteruskan melalui rangkaian selepas jualan Oppo yang lebih luas, namun pengeluaran produk baharu mungkin dikurangkan tahun ini.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Langkah tersebut merupakan sebahagian penyusunan semula dalaman Oppo bagi menyatukan beberapa jenama di bawah satu ekosistem.
Susulan proses integrasi berkenaan, laporan 91Mobiles memaklumkan bahawa pembuangan pekerja telah bermula dalam operasi Realme di India, melibatkan pasukan jualan, pengurusan dan kakitangan runcit.
Sumber dalaman memaklumkan kakitangan diminta meletak jawatan dengan tempoh peralihan selama satu hingga dua bulan, dan tarikh akhir pekerjaan ialah 30 April 2026.
Realme ditubuhkan pada 2018 sebagai subjenama Oppo sebelum beroperasi sebagai syarikat kendiri pada tahun yang sama.
Pasaran India kekal sebagai penyumbang terbesar kepada jualan Realme sejak penubuhannya, dengan jenama itu berada dalam kedudukan lima teratas di negara berkenaan.
Walaupun berlaku penyusunan semula dan pengurangan kakitangan, sokongan terhadap peranti Realme dijangka diteruskan melalui rangkaian selepas jualan Oppo yang lebih luas.
Namun, beberapa produk baharu mungkin dikurangkan tahun ini berikutan keutamaan pengeluaran diberikan kepada peranti Oppo terlebih dahulu. -Amanz

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang berlaku kepada Realme pada awal Januari yang menyebabkan ia diserap semula ke dalam Oppo? A: Realme telah diserap semula ke dalam Oppo pada awal Januari, menjadikannya subjenama syarikat itu sebagaimana kedudukan OnePlus.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Oppo setelah proses penyusunan semula untuk menyatukan beberapa jenama di bawah satu ekosistem? A: Oppo telah memulakan proses integrasi dengan memulakan pembuangan pekerja dalam operasi Realme di India, termasuk pasukan jualan, pengurusan, dan kakitangan runcit.
  • Q: Apa tarikh akhir pekerjaan bagi kakitangan Realme yang diminta meletak jawatan akibat proses penyusunan semula? A: Tarikh akhir pekerjaan bagi kakitangan Realme yang diminta meletak jawatan ialah 30 April 2026, dengan tempoh peralihan selama satu hingga dua bulan.
  • Q: Bagaimanakah pasaran India mempengaruhi jualan Realme sejak penubuhannya? A: Pasaran India kekal sebagai penyumbang terbesar kepada jualan Realme sejak penubuhannya, dengan jenama itu berada dalam kedudukan lima teratas di negara tersebut.
  • Q: Adakah sokongan terhadap peranti Realme akan diteruskan walaupun terdapat penyusunan semula dan pengurangan kakitangan? A: Ya, sokongan terhadap peranti Realme dijangka diteruskan melalui rangkaian selepas jualan Oppo yang lebih luas, walaupun beberapa produk baharu mungkin dikurangkan tahun ini.

Topic Berkaitan
#Realme
#Oppo
#subjenama
#pembuangan pekerja di India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan